Lawatan daripada pihak Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan (BKNP), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ke Perpustakaan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

 Lawatan daripada pihak Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan (BKNP), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ke Perpustakaan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)
IPOH, 11 Julai - Satu lawatan daripada pihak Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan (BKNP), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ke Perpustakaan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM).
BKNP diwakili oleh En. Mohd Hafiz bin Salim, Pegawai BKNP dan telah disantuni oleh En. Azri bin Zakaria, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat serta Pn. Afifah binti Ramli, Pembantu Pustakawan PPM.
Sepanjang sesi lawatan ini, banyak isu yang telah dibincangkan bersama Perpustakaan PPM terutama dalam prosedur pengendalian bahan yang banyak tetapi mempunyai ruang yang terhad, ruang pengudaraan yang baik supaya bahan tidak mudah rosak, pembaikan bahan yang telah rosak tetapi masih relevan untuk digunakan serta sistem yang digunakan di perpustakaan supaya aktiviti sirkulasi dan pendokumentasian bahan berjalan lancar.
Selepas sesi perbincangan, panduan dan khidmat nasihat yang diberikan, Pegawai dibawa melawat persekitaran perpustakaan, Galeri Pusat Penyelidikan Mineral dan juga Muzium Geologi, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia sebagai penutup lawatan pada jam 12.30 tengah hari.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesudian pihak BKNP, PNM meninjau keperluan dan bertanya khabar pada kakitangan yang bertugas di luar.