Pemasangan Laser Ablation Untuk Analisis REE

Pemasangan Laser Ablation Untuk Analisis REE

IPOH, 18 November 2024: Hari ini telah dijalankan proses pemasangan unit baru Laser Ablation di Makmal REE Ipoh. Alat laser Ablation ini digunakan untuk analisis Unsur Nadir Bumi (REE) di makmal. Jurutera-jurutera dari Perkin Elmer Malaysia dan ESI Singapura sama-sama di dalam melaksanakan proses pemasangan ini. 

Dengan adanya alat ini, bermakna Makmal REE JMG ini maju setapak lagi kehadapan dalam usaha untuk memberikan khidmat terbaik analisis REE kepada agensi kerajaan dan swasta.

PERSAMPELAN UNSUR NADIR BUMI (REE) DI LOMBONG MCRE, KENERING

PERSAMPELAN UNSUR NADIR BUMI (REE) DI LOMBONG MCRE, KENERING

GERIK, 23 September 2024:   Hari ini kumpulan dari JMG telah menjalankan Aktiviti Persampelan REE di Lombong Rintis REE, MCRE Resources Sdn. Bhd., Kenering, Perak. Aktiviti persampelan diketuai oleh En. Zaki Alias dari Unit Siasatan Mineral Ibu Pejabat JMG. Aktiviti ini telah dibantu oleh beberapa pegawai dari Makmal BPT, Makmal PPM, Cawangan Lombong dan Kuari BPT Dan JMG Perak.

Baca selanjutnya

LAWATAN KHTP KBIO ANALYTICAL LABORATORY

LAWATAN KHTP KBIO ANALYTICAL LABORATORY

IPOH, 10 September 2024: Hari ini Cawangan Perkhidmatan Makmal telah menerima kunjungan dari KHTP KBIO ANALYTICAL Laboratory Sdn. Bhd., Kulim, Kedah, Tetamu dari KBIO ini diketuai oleh Pn. Husniyah Yahaya, Pegawai Eksekutif KBIO, Pn, Nur Affizzah Abdul Shaffi, En. Mohd Norhisyam Muhamad Daud dan Pn. Khait=run Nazurah Abdul Aziz.

Baca selanjutnya