Technical Talk Cum Geologists’ Night anjuran Persatuan Geologi Malaysia dan JMG Sarawak

Persatuan Geologi Malaysia dan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Sarawak telah menganjurkan majlis 'Technical Talk Cum Geologists’ Night' pada 5 April 2013. Majlis ini bermula pada jam 7.30 malam dan dihadiri oleh seramai 62 orang ahli persatuan termasuk pasangan dan kakitangan JMG Sarawak.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Dr. Richard Mani Banda, Pengerusi penganjur majlis dan mewakili Persatuan Geologi Malaysia. Antara intipati ucapan adalah saranan agar aktiviti seumpama ini diadakan kerapkali sebagai wadah bertukar-tukar fikiran dan pendapat khasnya berkaitan pengetahuan geologi dan bidang-bidang lain amnya disamping aktiviti beriadah.

Ceramah teknikal bertajuk ‘Gold Exploration in Bau Mining area, Sarawak' telah disampaikan oleh Encik Charles P. Molujin, Pegawai Kajibumi Eksplorasi kanan daripada Syarikat North Borneo Gold. Penyampaian cenderahati kepada penceramah disempurnakan oleh Encik Alex Unya Ambun, Pengarah Mineral Dan Geosains Sarawak.

Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam dan berhibur serta nyanyian karaoke.

Written by : Marina M