Mesyuarat Pemurnian Data Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MINGEOGIS@MyGEMS)-Kluster Warisan Geologi dan Geologi Asas

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk pemurnian dan pengayaan data geologi asas dan geologi warisan di dalam Sistem MINGEOGIS bagi memastikan data diselaraskan dan seragam untuk meningkatkan kebolehpercaya dan konsistensi data.
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 23-25 September 2024 bertempat di Santa Grand Signature Hotel Kuala Lumpur.

Mesyuarat Pelaporan Status Pemurnian Data Geospatial Kluster JMG dan Perincian Penambahbaikan Sistem Mingeogis Fasa 2

Mesyuarat ini bertujuan untuk melaporkan status terkini pemurnian data geospatial kluster sumber mineral, hidrologi, lombong kuar, geofizik marin, bencana geologi, geologi asa dan geologi warisan dan mnyemak serta memperincikan cadangan penambahbaikan Sistem MINGEOGIS Fasa 2.
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 17-20 September 2024 bertempat di Amansari Residance Resort, Johor Bahru

Lawatan Kerja Makmal BPT ke ESCO MICRO

Lawatan Kerja Makmal BPT ke ESCO MICRO

SHAH ALAM, 19 September 2024: Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke ESCO Micro, Shah Alam. Lawatan bertujuan melihat dan menilai secara fizikal sistem kebuk wasap terkini dan tercanggih yang terdapat dipasaran. Ia juga bertujuan untuk penambahbaikkan spesifikasi agar berupaya mematuhi peraturan ditetapkan DOE dan OSHA bagi persediaan perolehan sistem ini tahun hadapan. Ia penting bagi memastikan makmal yang merupakan makmal rujukan utama negara dalam skop analisis sampel geologi terus menawarkan perkhidmatan berkualiti dan terbaik kepada pelanggan di seluruh negara.

ESCO Micro merupakan antara pembekal utama sistem kebuk wasap di dalam negara.

Pihak Makmal diwakili oleh tiga pegawai dan lima kakitangan yang diketuai oleh En. Mohd Fuzi Hashim. Pihak Makmal mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ESCO Micro kerana memberi peluang kepada kami menilai dan menguji sistem kebuk wasap antara yang terkini yang ditawarkan dipasaran.

XPDC SAINTIFIK GUNUNG ARONG, MERSING

XPDC SAINTIFIK GUNUNG ARONG, MERSING
Mersing, 17 September 2024 - Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin menghadiri ‘flag off’ XPDC Saintifik Gunung Arong yang akan berlangsung dari 17.09.2024 hingga 21.09.2024. Majlis yang secara rasmi telah disempurnakan pelancarannya oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor berjalan lancar dengan turut dihadiri oleh ketua-ketua Agensi terlibat.
Baca selanjutnya