SEMINAR PENGKOMERSILAN HASIL R&D PPM

PPM, 29 Mei 2013 – Satu seminar yang dianjurkan oleh PPM bertajuk “Technology Trend For Mineral And Commercialization” telah di adakan pada 29 Mei 2013 bertujuan untuk membuka minda, mendedahkan dan memperkasakan lagi pegawai-pegawai penyelidik di PPM tentang pentingnya hasil-hasil penyelidikan dipaten dan dikomersialkan.  Banyak maklumat telah diperolehi dari penceramah jemputan iaitu Syarikat Norunnuha Sdn Bhd. yang merupakan salah satu Agen Paten yang terdapat di Malaysia.

Baca selanjutnya

MESYUARAT AGUNG KSKBPT2013

IPOH, 17 Mei 2013:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali ke-10, bertempat di Bangunan Zamrud BPT. Pada mesyuarat kali ini mesyuarat telah memperkenalkan pakaian rasmi Jawatankuasa KSKBPT berupa kemeja F1 berwarna oren. Tiada pemilihan AJK yang baru dibuat pada mesyuarat kali ini, pemilihan akan dibuat pada tahun 2014 nanti.

Baca selanjutnya

KURSUS PENGENDALIAN JENAZAH

PPM, 11 Mei 2013 -  Kursus Pengendalian Jenazah yang telah diadakan di PPM telah berjalan dengan dengan lancar sehingga selesai . Kursus ini dianjurkan oleh Kelab, KSKPPM bertujuan untuk melatih lebih ramai ahli-ahli KSK dan ahli keluarga mereka bagi mengetahui dan memahami dengan lebih jelas tentang pengendalian jenazah demi kebaikan umat Islam keseluruhannya.  Kursus itu mampu melahirkan lebih ramai pengendali jenazah bagi menggantikan generasi sedia ada untuk kebaikan penduduk di taman-taman, kampung-kampung dan juga di daerah-daerah masing-masing. 

Baca selanjutnya