MAJLIS MERAIKAN TN. HAJI BAHARUDDIN WANIK

14 Mac 2013 (Khamis) - Satu majlis ringkas telah diadakan oleh Unit Perkhidmatan Makmal Kuching untuk meraikan Tn. Haji Baharuddin b. Wanik yang akan kembali bertugas di BPT, Ipoh pada 1 April 2013.

Pada majlis ini, beliau mengucapkan terima kasih di atas sokongan Unit Makmal Kuching dan berharap sokongan itu diteruskan kepada Ketua Unit yang baru iaitu Hajjah Sabtuyah bt. Hj. Su'ut. Di majlis yang serba ringkas ini juga, Hajjah Sabtuyah mengingatkan kepada semua kakitangan makmal bahawa segala tugas yang dipikul dan dilaksanakan haruslah dilakukan secara berpasukan. Kejayaan sesebuah unit itu bergantung kepada kerjasama semua ahli dan bagi memastikan kejayaan itu, semua ahli harus bersama-sama menyumbang tenaga dan buah fikiran masing-masing.

Pemilihan Peserta Sukan NRE 2013

 IPOH: Pada 16 dan 17 Mac 2013 telah berlangsung acara Pemilihan Bagi Sukan NRE 2013 yang telah diadakan di kompleks JMG Ipoh. Acara ini telah dianjurkan bersama oleh Pusat Penyelidikan Mineral, Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan JMG Negeri Perak, dengan dikendalikan oleh En. Aminuddin Mahmud dan Tn. Hj. Mohd Zaidi Mohd Hasan, serta kakitangan-kakitangan dari ketiga-tiga bahagian tersebut.

 Peserta-peserta yang hadir terdiri dari JMG negeri-negeri, yang barsaing dalam 13 acara bagi menentukan kelayakan ke Acara Sukan NRE tahun ini. Antara acara yang akan disertai oleh Pasukan JMG adalah badminton, karom, boling, ping-pong, golf, dart, snooker, catur, bola sepak, congkak, dam aji dan futsal.

Sukan NRE pada kali ini akan dijalankan di INSPEN (Institut Penilaian Negara, Kajang) pada 3 hingga 5 Mei 2013.

 

Taklimat Kesedaran MS ISO 9001:2008 kepada STPM

Satu sesi Taklimat Kesedaran MS ISO 9001:2008 telah dihadiri oleh semua kakitangan Seksyen Teknologi Pemprosesan Mineral (STPM), Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh pada 13 Mac 2013 sebagai persiapan STPM menuju kearah MS ISO 9001:2008 untuk ujian-ujian pemprosesan mineralnya. Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah yang juga merupakan Timbalan Wakil Pengurusan ISO PPM iaitu Dr Rohaya binti Othman. Antara kandungan taklimat beliau adalah: 

  •  Memahami kepentingan kualiti
  •  Memahami sejarah dan latarbelakang ISO 9001:2008
  •  Memahami keperluan ISO 9001:2008
  •  Memahami bagaimana untuk melaksanakan sistem yang telah dibangunkan
  •  Persediaan untuk persijilan ISO 9001:2008
Baca selanjutnya