BPT, 4 Disember 2012: Pada hari ini telah berlangsung Sambutan Hari Inovasi Peringkat Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Pelbagai acara telah diatur bagi memeriahkan hari tersebut. Sambutan kali ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Fauzi Said dan dibantu oleh beberapa ahli Jawatankuasa yang lain.
Sukan KSKBPT : Futsal
Ipoh 5 Dis 2012, acara kegemaran semua telah diadakan di padang futsal BPT dengan meriahnya. Pertandingan ini disertai oleh 4 pasukan iaitu Nilam Sari FC, Blues Nilam FC, Zamrud Worrior FC dan Zamrud Tiger FC. Acara ini dibuat secara liga dengan kiraan mata menentukan pemenang keseluruhan.
Perhimpunan Bulanan, Sambutan Hari Inovasi 2012 & Majlis Perpisahan
Pada 29hb. November 2012, JMG Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan, Sambutan Hari Inovasi 2012 dan Majlis Perpisahan bertempat di Bilik Mesyuarat Feldspar, JMG Kelantan. Majlis perpisahan adalah untuk meraikan pertukaran En. Muhammad Umar Sarimal (KUPM) ke JMG Sabah dan En. Mohd Lazim Mohamed (TPSM) ke JMG Pahang di mana masing-masing telah berkhidmat selama 7 dan 17 tahun di JMG Kelantan. Warga JMG Kelantan mengucapkan selamat bertugas di pejabat baharu.
Sukan KSKBPT : Batu Seremban
Ipoh 4 Dis 2012, Sukan tradisi bagi kaum Hawa iaitu batu seremban telah dilangsungkan oleh pengurus yang dilantik iaitu Pn Rozana bagi memenuhi permintaan ahli-ahli KSKBPT. Acara ini dilangsungkan di perkarangan Unit Kartografi BPT. Oleh kerana acara ini memang kepakaran para wanita, ia mendapat sambutan yang amat menggalakan sehingga permohonan menyertai acara tersebut terpaksa ditolak.
Sukan KSKBPT : Catur
Ipoh 4 Dis 2012, salah satu acara yang dipertandingkan di dalam sukan KSKBPT telah dilangsungkan dengan jayanya. Acara catur merupakan satu acara dominan di BPT dengan kehadiran beberapa jaguh JMG disini. Acara ini berlangsung di Bilik Kasiterit Blok Zamrud pada jam 3.30 ptg.