Raut wajah dan gelagat si comel walaupun nampak menggembirakan namun bagi yang memerhati tetap merasakan kesayuan di hati. Bagi tahun 2012, Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) merencanakan untuk melawat dan memberikan sumbangan kepada dua buah rumah amal iaitu Rumah As-Sakinah dan Rumah Anak Kesayangan. Rumah As-Sakinah menempatkan anak-anak yatim manakala Rumah Anak Kesayangan menempatkan anak-anak daripada pelbagai latar belakang yang terdiri daripada 8 asnaf penerima zakat.
Majlis Berbuka Puasa 2012
“Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan, semoga ada pahala yang ditetapkan, jika Allah mengkehendakiâ€. Alhamdulillah, pada 11 Ogos 2012 yang lalu Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI), JMG Sabah telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa 2012 bertempat di ruang pejabat JMG Sabah.
Ceramah Lailatul Qadar Tingkat Kesedaran Tambah Ibadah
Kelab Sukan dan Kebajikan (KASKEK) JMGKPP melalui Biro Agama telah menganjurkan program Ceramah Lailatul Qadar. Program yang diadakan di Bilik Delima ini menampilkan al-Fadhil Ustaz Hj. Abdul Rahman Omar, Imam Masjid Darussalam, Kampung Tambak Bunga, Alor Setar sebagai penceramah jemputan.
Majlis Sembelihan Qorban
Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG Ipoh dengan kerjasama AJK Surau dan Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal akan mengadakan majlis sembelihan qorban sempena Hari Raya Qorban 1433H pada hari raya yang ketiga.
Sehubungan dengan itu, penyertaan dibuka kepada kakitangan yang berminat untuk mengambil bahagian dalam qorban tersebut. Sebarang pertanyaan boleh lah berhubung terus dengan Tn. Hj. Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan.
Majlis Berbuka Puasa dan Ceramah Ramadhan 2012
Badan Kebajikan dan Kakitangan Islam JMG Sabah akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Ceramah Ramadhan 2012 pada Sabtu, 11 Ogos 2012 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1433H bertempat di Bilik Mesyuarat Nephrite Jabatan.