IPOH, 2 Februari 2024: Hari ini merupakan hari terakhir bertugas bagi En. Mohd Rais Ramli, Ketua Unit Geologi Marin, BPT. Selamat Bersara dan semoga lebih berbahagia di usia persaraan. Kami di BPT memohon kemaafan atas salah silap sepanjang bertugas bersama.
GOTONG ROYONG MAKMAL BPT
PEMERIKSAAN KEBOCORAN GAS DI MAKMAL BPT
Ipoh, 1 Februari 2024: Telah diadakan sesi pemeriksaan kebocoran gas di Makmal BPT. Acara ini adalah bertujuan untuk memeirksa samada terdapat kebocoran gas yang digunakan untuk analisis kimia di makmal. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Unit Pemadaman Kebakaran Ipoh dan Unit HAZMAT Pasir Putih telah dipanggil.
STATUS TERKINI NAIKTARAF MAKMAL (FEBRUARI 2024)
BLASTING TECHNICAL SEMINAR
Telah berlangsung Blasting Technical Seminar anjuran bersama Austin Powder Malaysia Sdn. Bhd., Welwish Dynamic (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Persatuan Kuari Sarawak (Sarawak Quarries Association, SQA) pada 30 - 31 Januari 2024, Selasa - Rabu, di Hock Lee Hotel & Residences, Kuching, Sarawak.
Seminar tersebut telah dihadiri oleh kakitangan Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak, Polis Kontijen Sarawak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pemain industri kuari di Sarawak.
Semasa seminar itu juga satu demonstrasi letupan menggunakan peledak elektronik (electronic detonators) telah diadakan pada 31 Januari 2024, Rabu, di Pludec Stones & Construction Sdn. Bhd., Bau dan merupakan peledak elektronik yang pertama digunakan di Sarawak.