AKTIVITI BULAN JANUARI 2024

AKTIVITI BULAN JANUARI 2024

Selamat Tahun Baru 2024

JMG Kelantan telah mengadakan beberapa aktiviti di jabatan sepanjang Januari 2024.

Aktiviti yang telah diadakan ialah Majlis Bacaan Yassin pada 16 Januari 2024, dihadiri oleh semua kakitangan JMG Kelantan. JMG juga menganjurkan pertandingan carom dan bowling peringkat Piala Pengarah. Jabatan Perangkaan Negeri Kelantan  telah mengadakan taklimat Pangkalan Data Utama (PADU) kepada semua kakitangan JMG Kelantan dan juga memberi tunjukajar cara mengisi borang PADU di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan pada 17 Januari 2024. Perhimpunan Bulanan juga dimeriahkan lagi dengan meraikan pertukaran Setiausaha Pejabat yang akan bertukar ke jabatan lain.

Geology Workshop "REE Resources in Peninsular Malaysia Granite and Its Weathering Material"

Geology Workshop "REE Resources in Peninsular Malaysia Granite and Its Weathering Material"
LENGGONG, 27-28 JAN - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengikuti Geology Workshop "REE Resources in Peninsular Malaysia Granite and Its Weathering Material" Program ini dianjurkan oleh Warisan Benua.
Program ini telah disertai oleh 7 orang kakitangan PPM. Pada hari pertama, penceramah, Prof. Dr. Azman Bin Abd Ghani telah menyampaikan topik-topik utama seperti:
(i) REE: application, geochemistry & resources
(ii) I vs S type granite
(iii) REE bearing mineral and its control of REE in granitic soil
(iv) Ion Adsorption Clay of Malaysia Granite
Pada hari kedua, lawatan ke lapangan di Geotapak Lenggong atau lebih dikenali sebagai Bukit Bunuh Meteorit Impact, RISDA, Kiah Pekasam, Taman Tampan Permai dan Lata Kekabu. Bukit Bunuh Meteorit Impact telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu Geotapak di Malaysia kerana mempunyai pelbagai struktur geologi penting iaitu granit Formasi yang berusia 1.83 juta tahun yang dipenuhi pelbagai jenis mineral seperti suevite, quartzite, quartz, dan metamorphik. Lenggong Geopark diadakan untuk meraikan warisan bumi dan menyejahterakan masyarakat tempatan.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

SELANGOR, Shah Alam, 22 Januari 2024  -  Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan yang pertama untuk tahun 2024 telah berlangsung di Bilik Kuarza, tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan. Kehadiran warga jabatan adalah pada majlis kali ini adalah melebihi sembilan puluh peratus. Majlis perhimpunan diakhiri dengan taklimat cara memohon kebenaran untuk meninggalkan  pejabat dalam waktu bekerja yang terkandung di bawah perintah Am 5 Bab G yang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Tadbir, Puan Nurfaten Nadia binti Mohd Zaman.

Biarpun tahun bersilih ganti, namun tujuan kita tetap sama iaitu berazam untuk menjadi lebih baik atau lebih sempurna pada setiap tahun bahkan setiap hari yang berlalu.