BENGKEL ASAS PENYEDIAAN PETA SUMBER MINERAL NEGERI

BENGKEL ASAS PENYEDIAAN PETA SUMBER MINERAL NEGERI

Peta sumber mineral negeri ini memaparkan maklumat lokasi sumber mineral yang berpotensi untuk dibangunkan daripada hasil kajian JMG secara terperinci termasuk lokasi potensi unsur nadir bumi (NRREE). Taklimat asas penyediaan peta sumber mineral ini telah disampaikan oleh En. Iszaynuddin Abd. Hamid dan dibantu oleh Cik Hidayah Harin.

Lawatan PerkinElmer Product Leader (USA) ke Makmal REE, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia

Lawatan PerkinElmer Product Leader (USA) ke Makmal REE, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia

Ipoh, 17 Oktober 2023:   Makmal REE Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Ipoh telah menerima kunjungan dari Dr. Erica Cahoon, Product Leader PerkinElmer Amerika Syarikat bagi melihat kemudahan makmal analisis Unsur Nadir Bumi di jabatan ini.

Baca selanjutnya

MESYUARAT PERANCANGAN KERJA-KERJA PENGGERUDIAN DAN LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK ECER SUSULAN SGA

MESYUARAT PERANCANGAN KERJA-KERJA PENGGERUDIAN DAN LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK ECER SUSULAN SGA

Satu mesyuarat pemajuan perkhidmatan penggerudian bagi kajian potensi zon anomali bijih besi telah diadakan di SK Punan, Kahang yang melibatkan penggerudian dua buah lubang dalam dengan kaedah wireline drilling berserta persampelan di Kahang, Daerah Kluang, Johor. Mesyuarat ini turut membabitkan sinergi daripada En. Yusari Bin Basiran, Tn. Hj. Nizarulikram bin Abdul Rahim, Tn. Hj. Noorazhar Ngatimin, Tn. Hj. Shari bin Ismail dan En. Zamzuri bin Ghazalee serta beberapa pegawai lain.

BENGKEL TERAPI MINDA

BENGKEL TERAPI MINDA

JMG Kelantan telah mengadakan Bengkel Terapi Minda yang dianjurkan oleh LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan  Keluarga Negara) pada 9 Oktober 2023 (Isnin) bertempat Dewan Malaysia Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kelantan. Bengkel ini telah melibatkan 34 orang peserta dari JMG Kelantan termasuklah Tuan Pengarah, En. Zaidi Bin Daud dan semua pegawai.

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi peluang kepada setiap peserta mengenali tahap tekanan dan meluahkan perasaan secara efektif dan mengenalpasti teknik  pengurusan tekanan yang berkesan dalam kehidupan seharian.

Aktiviti - aktiviti yang telah diadakan ialah sesi kuliah dan aktiviti berkumpulan. Antara tajuk aktiviti ialah Getting To Know U, Refleksi , Fear Facktor dan Teamworks Matter dan Terapi Pengurusan Emosi.

Hasil daripada bengkel tersebut, peserta dapat memahami tahap tekanan masing-masing serta mengetahui cara untuk mengatasinya disamping memupuk semangat kerja berpasukan serta cintakan organisasi.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah berjaya menghadiri Bengkel Terapi Minda anjuran LPPKN Kelantan. Semoga sepanjang aktivti yang disediakan oleh penganjur memberi manfaat dalam kehidupan seharian dan menjadi panduan dalam mengendalikan tugasan-tugasan dalam organisasi jabatan. Insyallah, bengkel ini akan dijadikan aktiviti tahunan JMG Kelantan.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN PENGLIBATAN PROGRAM MyGDI KEPADA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN PENGLIBATAN PROGRAM MyGDI KEPADA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah tersenarai sebagai penerima penghargaan penglibatan Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) sebagai Agensi Pembekal Data (APD) sempena Simposium Maklumat Geopastial Kebangsaan (NGIS) Ke-9 yang berlangsung pada hari ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
 
Majlis penyerahan sijil penghargaan telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) kepada YBrs. Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JMG