LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LOMBONG EMAS
LAWATAN KE LOMBONG EMAS
Perlombongan emas dan lain-lain logam bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia yang memang terkenal kaya dengan sumber bumi. Sejarah perlombongan di negara kita bermula dari Zaman Penjajahan British lagi di mana salah satu tujuan kedatangan penjajah adalah untuk mencari emas.
Tetapi, berapa ramaikah di antara kita yang telah pernah melihat sendiri dari mana datangnya emas yang pada hari ini menjadi hiasan idaman setiap wanita? Pada 25 September 2023, seramai 30 orang peserta bertuah telah diberi peluang mencipta kenangan dan menimba ilmu tentang perlombongan emas melalui lawatan yang dianjurkan oleh Unit Lombong dan Kuari, JMG Kelantan. Daripada 30 orang ini, 19 orang adalah kakitangan JMG Kelantan manakala selebihnya adalah daripada Jabatan Perangkaan, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Akauntan Negara.
Peserta dibawa melawat ke loji-loji rawatan dan melihat sendiri bagaimana emas diproses daripada campuran tanah sehingga menjadi jongkong emas. Ini termasuklah proses pemisahan emas di dalam carbon menggunakan bahan kimia (Carbon In Leach, (CIL), proses smelting iaitu pembakaran untuk dijadikan jongkong emas dan loji apungan untuk mendapatkan logam plumbum dan zink.
Sudah pasti kesempatan ini meninggalkan memori indah serta ilmu yang bernilai kepada para peserta. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada Unit Lombong dan Kuari di atas usaha melaksanakan program lawatan ini.
PAMERAN & POCKET TALK DI iGEM 2023
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PEMBANGUNAN JABATAN (JKPJ) BIL. 1/2023 & MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI (MPPN) BIL. 2/2023
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2023 JMG JOHOR
Johor Bahru, 27 September 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2023 dan Sambutan Hari Kemerdekaan JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh Pn. Arda Anasha bt. Jamil diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Fadhil b. Ahmad dan bacaan ikrar oleh En. Mohd Faizullah b. Mazlan Kepli. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan pembentangan pelajar latihan industri En. Muhammad Redhuan b. Yusnizam dari Universiti Malaya berkenaan aktiviti di JMG Johor.