MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 09/2023 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 09/2023 JMGSWP

Pada 25 September 2023, Isnin - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor /Wilayah Persekutuan telah mengadakan MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2023 & SESI TAKLIMAT PROGRAM KEBAJIKAN CUEPACSΒ  iaitu penerangan SKIM Takaful CUEPACS (Skim Simpanan Dan Kesihatan Kelompok CUEPACS). Taklimat tersebut telah disampaikan oleh wakil daripada CUEPACS berkenaan manfaat 'Medikad Penjawat Awam' dan Skim 'Simpanan Dan Kesihatan Takaful'.

Mesyuarat Penyediaan Pelan Pengurusan Bencana Geologi Negara (PBGN) Bil. 2/2023

Mesyuarat Penyediaan Pelan Pengurusan Bencana Geologi Negara (PBGN) Bil. 2/2023
Sesi sumbang saran ini dihadiri oleh wakil-wakil Ahli Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi (GKBG) JMG serta panel penasihat yang terdiri dari Pengarah JMG Selangor/W.Persekutuan, Pengarah JMG Sabah dan Timbalan Pengarah, Unit Perancangan Geosains JMG.
Β 
Tujuan sesi ini adalah merangka Pelan PBGN yang akan menjadi panduan dan rujukan utama dalam pelaksanaan Pusat Bencana Geologi Negara yang dijadualkan beroperasi pada akhir tahun ini.

LAWATAN KE LOMBONG HONEST SAM DI CHAAH, JOHOR

LAWATAN KE LOMBONG HONEST SAM DI CHAAH, JOHOR

Chaah, 21 September 2023 - Baru-baru ini, Jawatankuasa Sumber Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan lawatan ke Lombong Honest Sam di Chaah, Johor. Seramai 20 orang ahli JKSM JMG telah terlibat dengan lawatan ini. Ahli terdiri daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral JMG Malaysia, semua Timbalan Pengarah Sumber Mineral Negeri JMG Malaysia dan Ketua-ketua projek Sumber Mineral Negeri JMG Malaysia. Mereka semua telah diberi taklimat danΒ lawatan mengenai kaedah melombong bawah tanah di sekitar lombong Honest Sam.

LAWATAN TEKNIKAL KE BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

LAWATAN TEKNIKAL KE BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
8 September – Seramai 7 orang ahli Jawatankuasa Pengurusan Sisa Kimia Pusat Penyelidikan Mineral yang diketuai oleh En. Anuar bin Othman telah mengadakan lawatan teknikal ke Bahagian Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (BPT-JMG).
Lawatan teknikal ini bertujuan mempelajari pengurusan pengendalian sisa bahan kimia. Ketua Keselamatan Makmal BPT, En. Mohd Fahami bin Abas telah menyampaikan ceramah dan menjelaskan kepentingan pengurusan pengendalian sisa bahan kimia di samping berkongsi mengenai amalan terbaik pengurusan sisa bahan kimia makmal di BPT.
Semoga lawatan ini dapat meningkatkan kesedaran tentang keselamatan pengendalian sisa bahan kimia dan seterusnya berupaya meningkatkan tahap kecekapan berkaitan pengurusan sisa bahan kimia dan perkhidmatan makmal.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ π“π€ππ€πŠ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„π‘πˆππ“πˆπ’ 𝐍𝐑-𝐑𝐄𝐄 𝐇𝐔𝐋𝐔 ππ„π‘π€πŠ

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ π“π€ππ€πŠ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„π‘πˆππ“πˆπ’ 𝐍𝐑-𝐑𝐄𝐄 𝐇𝐔𝐋𝐔 ππ„π‘π€πŠ

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JMG, Tuan Haji Kamaruddan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Korporat dan Ekonomi Mineral JMG, P Geol Abdullah Bin Sulaiman telah mengiringiΒ Ketua Setiausaha Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Dato' Rosli Haji Isa telah membuat lawatan ke Tapak Projek Perintis NR-REE hulu Perak bersama SUB (Mineral dan Geosains), Haji Shamsul Shahril Badliza bin Mohd Noor,Β YB Kewangan Negeri Perak, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin, YB Penasihat undang-undang Negeri Perak, YB. Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin serta Pegawai- Pegawai Kanan Persekutuan dan Daerah.