IPOH, 8 November 2024: Pada 8-10 November 2024, Unit Geologi Marin, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), JMG, bersama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melaksanakan cerapan data primer marin bagi Kajian Sumber Pasir Laut Negara Fasa 3B di perairan Terengganu dan Kelantan. Diketuai oleh TS. Dunstan Anthony dari NAHRIM, sesi verifikasi sedimen dasar laut ini bertujuan memastikan ketepatan data jenis substrat sedimen pada kawasan cerapan, menggunakan profil kedalaman beresolusi tinggi yang dihasilkan oleh Multibeam Echosounder (MBES).
Pemasangan Laser Ablation Untuk Analisis REE
IPOH, 18 November 2024: Hari ini telah dijalankan proses pemasangan unit baru Laser Ablation di Makmal REE Ipoh. Alat laser Ablation ini digunakan untuk analisis Unsur Nadir Bumi (REE) di makmal. Jurutera-jurutera dari Perkin Elmer Malaysia dan ESI Singapura sama-sama di dalam melaksanakan proses pemasangan ini.
Dengan adanya alat ini, bermakna Makmal REE JMG ini maju setapak lagi kehadapan dalam usaha untuk memberikan khidmat terbaik analisis REE kepada agensi kerajaan dan swasta.
KERJA LAPANGAN PEMETAAN GEOLOGI DI KG PETA, MERSING UNTUK PROJEK (ECER) DAN PERSAMPELAN KONSENTRAT (MST) DI TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN, JOHOR
Mersing, 10-13 November 2024 - Baru-baru ini, JMG Johor telah menganjurkan kerja lapangan pemetaan geologi di sekitar Kg. Peta dan persampelan konsentrat yang tertumpu di kawasan Taman Negara Endau-Rompin, Mersing, Johor. Para peserta terdiri daripada Pegawai Projek MST, Ahli Projek MST dan Pegawai Projek ECER seluruh Malaysia dari negeri Johor, Kedah, Perak, Sabah dan Pahang. Seramai 27 Orang pegawai dan kakitangan terlibat dalam kerja lapangan tersebut.
Mesyuarat Penawanan Data Lapangan Sistem MINGEOGIS @ MyGEMS Kluster Lombong Kuari dan Geologi Marin Bil.2/2024
Majlis Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai Geopark Pertama Negeri Selangor




