Bengkel anjuran NRECC ini telah diadakan di Bilik Latihan Aras 1, Kompleks F11, NRECC Putrajaya pada 13-14 Julai 2023 telah dihadiri oleh pegawai Unit Komunikasi Korporat dan Unit Pengurusan Web dan Portal Ibu Pejabat. Tujuan bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada penyelaras aduan tentang kaedah penggunaan SISPAA.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA TAHUN 2023 (PTM JMG 2023)
Mesyuarat Urusetia Penstrukturan Semula Jabatan Mineral & Geosains Malaysia dan Penubuhan Pusat Penyelidikan Bencana Geologi Kebangsaan Bilangan 3 Tahun 2023
PEPERIKSAAN PEMBEDIL AMALI BIL. 04/2023
SELANGOR, 11-12 Julai 2023 - Satu sesi Peperiksaan Lesen Pembedil (Amali) Bil. 4/2023 telah diadakan di pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan, Shah Alam dan di Kajang Rocks Quarry Sdn. Bhd. yang dikendalikan oleh sepasukan pegawai-pegawai dari Unit Pembangunan Lombong dan Kuari.
PROGRAM EKSPLORASI GUA TEMPURUNG
11 Julai 2023 (Selasa) : Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak dengan kerjasama Geopark Lembah Kinta (GLK) telah mengadakan Program Eksplorasi Gua Tempurung. Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, kira-kira 25 kilometer dari bandar raya Ipoh merupakan satu daripada destinasi pelancongan yang harus dikunjungi jika ke negeri Perak. Program ini ini dimulakan dengan Bacaan Doa yang dipimpin oleh En. Muhammad Hafizuddin Bin Mohd Hanafiah. Selepas itu, sesi bergambar peserta program bersama Pengarah JMG Perak, Dato’ Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil, TP Geosains En. Mat Niza Bin Abdul Rahman dan Pengerusi KKR, En. Mahat Bin Sibon.