KOTA MARUDU, SABAH (19 MAC 2018) : ISNIN, Pada 18 dan 19 Mac 2018 merupakan tugas-tugas persiapan akhir untuk program dan majlis Perasmian Telaga Tiub di Kg. Tangkol, Kota Marudu, Sabah.
LAWATAN TAPAK AKTIVITI GEOLOGI WARISAN
KOTA BELUD, SABAH (18 MAC 2018) : AHAD, Aktiviti Geologi Warisan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG) telah mengadakan satu lawatan tapak di beberapa kawasan Kota Belud pada 15hb. Mac hingga 17hb. Mac yang lepas. Objektif lawatan ini adalah untuk mengenalpasti lokasi cadangan geotapak bagi "Aspirasi Geopark Kinabalu 2018".
MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL ULANGTAHUN SDC YANG KE-10
KOTA KINABALU, SABAH (15 MAC 2018) : KHAMIS, Sabah Development Corridor (SDC) sedang menyambut ulangtahun mereka yang ke-10 (2008-2018). Majlis perasmian karnival ulangtahun ke-10 SDC ini berlangsung di Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu pada hari ini. Majlis ulangtahun SDC yang ke 10 ini dirasmikan oleh YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan Timbalan Ketua Menteri Sabah mewakili Ketua Menteri Sabah YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman. Turut hadir dalam majlis perasmian Karnival Ulangtahun SDC yang ke-10 ini adalah YAB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.
TAKLIMAT PROSEDUR PEMUSNAHAN REKOD KEWANGAN DAN PERAKAUNAN
KOTA KINABALU, SABAH (15 MAC 2018) : KHAMIS, satu taklimat berkaitan Prosedur Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Aras 7, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sabah, Wisma Persekutuan, Kota Kinabalu. Masa taklimat bermula sekitar jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.30 petang.
SEMINAR LAB WATER PURIFICATION SYSTEM
KOTA KINABALU, SABAH (14 MAC 2018) : RABU, satu seminar telah diadakan di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah pada pagi ini. Seminar yang bertajuk "Lab Water Purification System" yang disampaikan oleh Syarikat Merck Sdn. Bhd.