KOTA KINABALU, SABAH (05 MAC 2018) : RABU, Satu perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Magnitite, Tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah. Perbincangan tersebut berkaitan dengan siasatan seismik untuk projek penilaian rizab air tanah di Kota Belud, Sabah.
SAMBUTAN HARI KELUARGA JMG SABAH 2018
KOTA KINABALU, SABAH (03 MAC 2018) : SABTU, Majlis Sambutan Hari Keluarga JMG Sabah anjuran Kelab Kebajikan & Rekreasi (KEM-G) Jabatan Mineral & Geosains Sabah telah diadakan di Pantai Tg. Lipat, Likas. Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga warga JMG Sabah. Majlis yang bermula sekitar jam 7.00pg ini telah dirasmikan oleh Pengarah JMG Sabah, En. Mohd Yusop bin Ramli.
MAJLIS PERHIMPUNAN PERDANA BERSAMA PERDANA MENTERI 2018
KOTA KINABALU, SABAH (02 MAC 2018) : JUMAAT, Kerajaan Negeri Sabah telah menganjurkan satu Majlis Perhimpunan Perdana bersama Perdana Menteri Malaysia Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak sempena lawatan PM ke Sabah bertempat di auditorium Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. Dalam majlis ini juga Ketua Menteri Sabah Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman juga turut hadir sama.
Perbincangan Projek Pengkomersialan R&D
JOM KE HARI KELUARGA JMG SABAH 2018
KOTA KINABALU, SABAH (01 MAC 2018) : KHAMIS, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Mineral dan Geosains Sabah (KEMG) ingin mengadakan Hari Keluarga 2018 untuk semua warga JMG Sabah amatlah dialu-alukan kehadiran semua.