Program Pembangunan Water Balance bagi Pengurusan Sumber Air Negara (Fasa 2), National Waterbalance Management System (NAWABS)

Program Pembangunan Water Balance bagi Pengurusan Sumber Air Negara (Fasa 2), National Waterbalance  Management System (NAWABS)

KOTA KINABALU, SABAH (27 Februari 2018) : Selasa, 8.00 pagi. Satu mesyuarat bagi memperincikan skop kerja dan kewangan bagi pembinaan telaga air tanah di bawah peruntukan NAWABS Fasa 2 Bil. 1/2018 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah. Mesyuarat dengan objektif menjalankan kajian dan pembangunan sistem water balance (NAWABS) bagi pengurusan sumber air negara bagi memperkasakan risikan dan maklumat sumber air serta mengoptimumkan pengagihan sumber air berlangsung pada 27 dan 28 Februari 2018. Mesyuarat juga menjuruskan dalam membina keupayaan semua pihak berkepentingan untuk membolehkan penglibatan dan kolaborasi yang berkesan dalam tadbir urus sumber air negara.

Baca selanjutnya

Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Bagan Datuk

Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Bagan Datuk

Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Bagan Datuk yang dipengerusikan oleh Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, YAB Timbalan Perdana Menteri di Wisma UMNO Bahagian Bagan Datuk pada 27 Februari 2018.KP JMG telah membuat pembentangan mengenai Projek Pembangunan Air Bawah Tanah di Bagan Datuk. YAB TPM menyambut baik projek perintis air bawah tanah di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA) sepertimana pembentangan.

Baca selanjutnya