TANJUNG ARU, SABAH ~ Pada 18hb November 2017 hari Sabtu, 3 orang kakitangan telah dijemput sama untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri kita ke Sabah sempena lawatan kerja beliau dan merasmikan Projek Lebuhraya Pan Borneo.
KE ARAH MEMASYARAKATKAN JMG
Segamat, 21 Oktober 2017 - JMG Johor telah mengambil bahagian dalam pameran sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2017 Peringkat Negeri Johor. Dengan tema ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’, YB Datuk Hj Ayub bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Penerangan dan Pendidikan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjuran yang juga Wakil Rasmi kepada YAB Menteri Besar Johor telah menyempurnakan perasmian HASN 2017 Peringkat Negeri Johor.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 8/2017 DAN MAJLIS PERPISAHAN EN. ABDUL HASIBUL JALIL, EN. WAN MOHD SUBRI DAN PN. NORZA AZUANI
Johor Bahru, 12 Oktober 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 8/2017 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor dan Majlis Perpisahan En. Abdul Hasibul Jalil, En. Wan Mohd Subri dan Pn. Norza Azuani telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 8/2017 dan Majlis Perpisahan En. Abdul Hasibul Jalil, En. Wan Mohd Subri dan Pn. Norza Azuani untuk rujukan dan makluman semua.
LAWATAN KERJA KSU NRE KE SABAH
KOTA KINABALU, SABAH ~ 23hb hingga 25hb Oktober 2017 Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan rombongan telah menghadiri satu persidangan di Sabah, dalam masa yang sama rombongan KSU juga membuat lawatan kerja ke Sabah.
PROGRAM KESEDARAN BENCANA GEOLOGI DI DAERAH KOTA BELUD
KOTA BELUD, SABAH (11 OKTOBER 2017) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah telah melantik satu jawatankuasa baru yang diberi nama Jawatankuasa Program Kesedaran Bencana Geologi.