BESERI, 16 Februari 2014 - JMGKPP diketuai oleh Puan Nur Susila binti Md. Saaid, Pegawai Geosains telah membawa 18 orang pelajar dan guru-guru pengiring dari IPG Kampus Pulau Pinang melihat kepelbagaian sumber batuan dan fosil di sini.
Program Pengukuhan Geosains JMGKPP Siri 1 Berlangsung Dengan Jayanya
ALOR SETAR, 13 Februari 2014 - JMGKPP telah berjaya mengadakan Program Pengukuhan Geosains Siri Pertama untuk tahun ini.
Program ini merupakan inisiatif Tuan Pengarah, Tuan Haji Zainol bin Haji Husin BCK yang mengharapkan semua kakitangan jabatan khususnya yang terlibat dalam kerja-kerja teknikal memahami geologi di negeri Kedah.
Sekitar Perhimpunan Bulanan JMGKPP Edisi Januari 2014
ALOR SETAR, 23 Januari 2014 - JMGKPP telah mengadakan Perhimpunan Bulanan peringkat jabatan buat kali pertama dalam tahun 2014.
Perhimpunan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Delima ini dikelolakan oleh Unit Sumber Mineral dan dihadiri oleh semua kakitangan jabatan.
Dalam perutusan yang disampaikan oleh Pengarah, Tuan Haji Zainol bin Haji Husin B.C.K, belliau mengalu-alukan kehadiran kakitangan jabatan ke alam tahun baru 2014 dan mengharapkan setiap penjawat awam sentiasa komited dan bekerjasama menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan baik.
Perhimpunan berakhir pada jam 11.30 pagi dengan jamuan sarapan nasi lemak yang dimasak sendiri oleh kakitangan jabatan.
Mesyuarat Jawatankuasa ICT
LANGKAWI, 11 Februari 2014: Sekali lagi pegawai-pegawai JMG yang terlibat dalam Jawatankuasa ICT berkampung di Hotel Haji Ismail Group (HIG), Langkawi bermula dari 11 Februari hingga 14 Februari 2014.
Kursus Sinaran
IPOH, 11 Februari 2014: