Pada 22 Oktober 2013 Pameran Sempena Majlis Pelancaran Dan Perasmian Pusat RAS 1 Malaysia Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Telah Diadakan Di Pusat Khidmat Masyarakat Parliman Jeli Kompleks Umno Bahagian Jeli, Jeli Kelantan.
Bengkel Permodelan Hidraulik
Johor Bahru, 22 Oktober 2013 - Satu bengkel permodelan hidraulik bagi kajian mengenalpasti potensi pasir di lepas pantai Negeri Melaka telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Kuarza, JMG Johor. Bengkel ini dikendalikan oleh Unit Geologi Marin, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) dengan kerjasama pihak JMG Johor.
Kursus Keselamatan Perlindungan dari PKPKK
Ipoh, 21 Oktober 2013. Satu kursus keselamatan perlindungan dokumen, fizikal dan peribadi telah berjaya diadakan di bilik Kasiterit, blok Zamrud BPT. Ahli kursus disertai dari pelbagai jawatan untuk memahami keperluan keselamatan dan prosedur yang perlu dan mesti diambil ketika mengendali, merekod, menyimpan, mengelas dan mengelas semula maklumat berperingkat.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H
Pegawai dan kakitangan JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H dan selamat menjalani ibadah korban kepada seluruh warga JMG Malaysia. Marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan.
Gotong Royong Perdana Sempena Aidil Adha
Tanggal 9 dan 10 Okt 2013, sempena kedatangan Aidil Adha 1434H, satu majlis gotong royong perdana diadakan di sekitar surau dan kawasan kompleks JMG Ipoh yang merangkumi perkarangan kantin, laluan pejalan kaki, longkang sekitar kompleks, muzium geologi dan makmal kimiabumi. Aktiviti ini melibatkan kebanyakan kakitangan BPT dari pegawai hingga kakitangan sokongan.