MAJLIS BACAAN TAHLIL DAN YASSIN

Acap kali tibanya bulan Ramadhan, Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Sarawak akan mengadakan Majlis Bacaan Tahlil dan Yassin. Pada tahun ini, majlis bacaan tahlil dan yassin dikhaskan kepada Allahyarham Tuan Haji Wahid Bin Abdul Rahman, Pengarah Penyelarasan Pelaksanaan Operasi yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.40 pm, 1 Julai 2013 bersamaan dengan 22 Syaaban 1434 H yang lalu.

Majlis yang telah dihadiri oleh seramai 35 orang ahli BKKI dan kakitangan jabatan. Selain daripada itu, kutipan amal juga diadakan untuk tabung kebajikan BKKI JMG Sarawak.

Ahli-ahli Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Sarawak dan kakitangan JMG Sarawak mendoakan agar roh Allahyarham Tuan Haji Wahid Abdul Rahman ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

Majlis Sambutan Hari Keluarga & Perpisahan JMG Kelantan 2013

6 Julai 2013 - Bertempat di Permai Resort & Rest House,  Kg. Telong, Jalan Tok Bali - Bachok, Kelantan, majlis Sambutan Hari Keluarga JMG Kelantan telah berjaya diadakan. Suasana deruan angin pantai nyaman dan tempatnya yang redup naungan pohonan rhu dan cuaca yang agak redup, Permai Resort & Rest House menjadi lokasi pilihan Hari Keluarga JMG Kelantan untuk tahun 2013 menjadi sangat mengujakan.


Pada tahun ini, aktiviti sukan luaran sedikit berkurangan berbanding tahun yang lepas dengan hanya 4 jenis permainan sahaja berlangsung iaitu bola sepak pantai (geng pelekat vs geng batek), bola tampar pantai perempuan, tiup belon dan permainan rebut gula-gula untuk kanak-kanak. Sementara sukan indoor pula hanyalah perlawanan karom lelaki dan perempuan, serta permainan dart lelaki & perempuan.

Baca selanjutnya

Majlis Gotong-Royong Perdana Sambut Ketibaan Ramadhan

ALOR SETAR, 1 Julai 2013 - Satu Program Gotong-Royong Perdana peringkat jabatan telah berjaya diadakan di JMGKPP di mana seluruh tenaga pegawai dan kakitangan yang prihatin dan ikhlas telah berganding bahu di dalam aktiviti ini. Program ini telah dikelolakan oleh Ahli Rakan Pembimbing (AKRAB) dan penyertaannya turut disertai oleh empat orang pelajar IPTA yang menjalankan latihan industri di sini.

Baca selanjutnya

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, Allahyarham Tuan Haji Wahid Abdul Rahman

Al-Fatihah buat Allahyarham Tuan Haji Wahid Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 5.40 petang, 1 Julai 2013 bersamaan 22 Syaaban 1434 H lalu. Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nilam, Lantai 22, Ibu Pejabat pada kelmarin, 4hb Julai dan hari ini, Jumaat, 5hb Julai. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.