MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TELAGA AIR BAWAH TANAH
SELANGOR, 06 Oktober 2023 - Penyerahan Projek Telaga Tubewell (Air Bawah Tanah) yang siap sepenuhnya melalui Geran Komuniti Vibrant Majlis Bandaraya Subang Jaya.
Projek dgn kerjasama antara UiTM Shah Alam, Jabatan Mineral & Geosains Malaysia, Majlis Perwakilan Penduduk - MPP Zon 4 MBSJ dan RT USJ 3Four.
Projek Telaga Tubewell (Air Bawah Tanah) komuniti yang pertama seumpamanya di Malaysia di mana air telaga dikorek sedalam 300 kaki atau 100 metre melepasi batuan granite.
Projek dapat memanfaatkan Kebun Komuniti USJ 3four dan Komuniti sekitarnya.
BLAST MONITORING COURSE
Institute of Quarrying Malaysia (IQM) dan Sarawak Quarries Association (SQA) dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menganjurkan Blast Monitoring Course 4/2023 pada 4 – 5 Oktober 2023 (Rabu – Khamis).
Kursus ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari (TPLK), Ir. Juna Azleen bin Abdul Ghani di Hock Lee Hotel & Residences, Kuching dan dihadiri oleh pemain industri pengkuarian di Sarawak.
LAWATAN TEKNIKAL KEMENTERIAN EKONOMI (KE) KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
LAWATAN KE GALERI LENGGONG GEOPARK
YBrs. Encik Che Kodir bin Baharum, Pengarah Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Kementerian Ekonomi, YBrs. P.Geol. Dr. Abdullah bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah JMG, Pengarah-pengarah dari Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim membuat lawatan ke Galeri Lenggong Geopark.