KOTA KINABALU, SABAH (30 JUN 2020): SELASA , Warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG Sabah) telah mengadakan gotong-royong yang kedua bagi tahun 2020. Walaupun masih dalam keadaan pendemik covid19, JMG Sabah masih mengadakan gotong royong dengan mematuhi segala SOP yang telah disarankan oleh pihak kerajaan.
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA DAN PENYAMPAIAN APC 2019 DI JMG JOHOR
Johor Bahru, 12 Julai 2020 – YBhg Datuk KP JMG, Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mengadakan lawatan kerja dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 di pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Johor. Bagaikan sireh pulang ke gagang, YBhg Datuk telah mengungkap kembali kenangan sewaktu beliau berkhidmat sebagai Pengarah di JMG Johor selama 5 tahun mulai 2009 hingga 2014 dimana ketika itu semua warga JMG Johor bekerja sebagai satu pasukan yang betul-betul mantap dan hubungan sesama kakitangan, tidak kira pangkat adalah amat erat sekali.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 3/2020 DAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI
Johor Bahru, 21 Jun 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 3/2020 dan Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Mohd Syahrizal b. Zakaria, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Nazal Rizal b. Abd Wahid dan pembaca ikrar oleh Pn. Norfazelah bt. Hassan. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.
PENYERAHAN PELITUP SEPARUH MUKA KEPADA TIMBALAN-TIMBALAN PENGARAH DAN KETUA UNIT JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (11 JUN 2020): KHAMIS, Satu majlis ringkas penyerahan pelitup separuh muka (face mask) kepada semua wakil timbalan pengarah dan ketua unit telah dilaksanakan di bilik Pengarah JMG Sabah pada hari ini sekitar pukul 10.00 pagi. Majlis ringkas ini dilaksanakan mengikut sop yang telah ditetapkan oleh KKM.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 2/2020
Johor Bahru, 27 Februari 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/2020 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Noraini binti Basiri, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Syed Sobri bin Syed Hassan dan pembaca ikrar oleh En. Sivalingam a/l Krishnan . Selepas itu, Timbalan Pengarah JMG Johor En. Yusari bin Basiran telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan selamat datang kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.