KOTA KINABALU, SABAH (10 APRIL 2018) : SELASA, Mesyuarat ‘Management Review’ MS ISO/IEC 17025:2005 Bil.1/2018 telah diadakan pada 10 April 2018 di Bilik Mesyuarat Nephrite, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah. Mesyuarat tersebut merupakan salah satu keperluan di bawah akreditasi SAMM MS ISO/IEC 17025:2005 dimana persijilan tersebut telah berjaya disambung oleh Unit Perkhidmatan Makmal pada penghujung tahun 2017.
Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub SMK Senibong, Lundu, Sarawak
LUNDU 7 April 2018 – Majlis perasmian dan penyerahan sistem telaga tiub SMK Senibong telah diadakan di sini baru-baru ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ranum anak Mina, ADUN N1 Opar. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli) NRE, Dato’ Hj Suhaimi Hj Mamat; Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi; Pengarah JMG Sarawak, Encik Enggong Aji; Pengarah JMG Negeri Sembilan/Melaka, Encik Joanes Muda; Timbalan Pengarah PPO, Encik Nizarulikram Abdul Rahim; Wakil Pengarah JMG Terengganu, Encik Razaidi Shah, ketua-ketua masyarakat, guru-guru dan murid-murid SMK Senibong.
NAK SIHAT JOM MAIN BOLA TAMPAR
SIPITANG, SABAH (08 APRIL 2018) : AHAD, Daerah Sipitang telah menganjurkan satu Karnival Sukan Parlimen P.178 Sipitang bermula pada 01hb April 2018 sehingga 08hb April 2018. Pelbagai acara sukan dipertandingkan dengan menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 3/2018
Johor Bahru, 3 April 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 3/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Cik Yong Adilah bt. Mustafa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Shahril b. Idris dan pembaca ikrar oleh Puan Nurulhuda bt. Aziz. Selepas itu, Timbalan Pengarah JMG Johor En. Mohamad Sari b. Hasan telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.
LAWATAN KE PEJABAT JABATAN AIR DAERAH SANDAKAN, TAPAK PUNCA BEKALAN AIR BAWAH TANAH DAN PUSAT RAWATAN AIR SIBUGA, SANDAKAN.
SANDAKAN, SABAH (6 APRIL 2018) : JUMAAT
Satu lawatan telah dibuat ke Pejabat Jabatan Air Daerah Sandakan pada jam 2 petang tadi. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah JMG Sabah, En. Mohd. Yusop Bin Ramli. Sebelum bergerak ke tapak punca bekalan air bawah tanah di KSN02 dan Pusat Rawatan Air Sibuga, satu sesi taklimat ringkas berkenaan dengan air bawah tanah disampaikan oleh En. Segar, wakil kontraktor Jabatan Air Daerah Sandakan (Timatch Resources Sdn. Bhd). Turut hadir, Jurutera Daerah, En. Ishar Hamka dan beberapa kakitangan daripada Jabatan Air Daerah Sandakan.