SANDAKAN, SABAH (5 APRIL 2018) : KHAMIS, Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Ulasan Laporan Pembangunan Guna Tanah Dan Latihan Kerja Lapangan yang diadakan di Hotel Styles, Sandakan, telah bermula pada pagi ini. Mesyuarat ini akan diadakan selama 3 hari dan dijangka selesai pada hari Sabtu bersamaan 7hb April 2018. Mesyuarat pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi mesyuarat iaitu pengarah JMG Sabah, En. Mohd Yusop Bin Ramli. Selesai ucapan daripada pengarah, mesyuarat diteruskan dengan taklimat yang pertama yang disampaikan oleh Dr. Frederick F. Tating dengan tajuk Penyediaan Laporan Geologi Kejuruteraan.
40 PELAJAR MENYERTAI LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KOTA KINABALU (04 APRIL 2018) : RABU, Seramai empat puluh pelajar dan tujuh guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran telah menyertai lawatan sambil belajar di JMG Malaysia, Sabah.
Taklimat selama dua jam itu disampaikan oleh Encik Fredolin Javino (Pegawai Geosains, Unit Geosains Aktiviti Alam Sekitar) dan dibantu dengan tiga orang urusetia iaitu Puan Besty J. Adim (Unit Pengurusan Maklumat), Encik Levy bin Mosungkai (Unit Geosains, Akitviti Geologi Warisan) dan Cik Norven bte Razali (Pelajar LI, Politeknik Kuching). Taklimat bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (Nephrite) JMG Malaysia, Sabah.
Warga Pelajar yang hadir berpeluang meningkatkan pengetahuan melalui taklimat itu seperti Active Volcanoes, mengenali Peta Geological Sabah, beberapa batuan, Geothermal Resevoir serta sejarah dan latarbelakang JMG Malaysia dan JMG Malaysia, Sabah. Hasil taklimat diberikan, semua pelajar dan guru didapati faham terhadap fungsi yang dijalankan di JMG Malaysia, Sabah khususnya.
Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawap dan seterusnya penyampaian sijil penghargaan daripada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran. Pelajar juga berkesempatan melihat lebih dekat Peta Taburan Galian dan Peta Geologi Sabah.
21 Tahun Penantian Air Bersih Berakhir Hasil Usaha JMG
Utusan Malaysia Online melaporkan pembinaan telaga tiub oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kelantan yang memberi kemudahan dan manfaat kepada hampir 600 penduduk di kawasan tersebut termasuk 36 pelajar madrasah Darul Mutaqin, Kg Lepan Bola, Tanah Merah, Kelantan.
MESYUARAT JAWATANKUASA BLOGGER JMG SABAH BIL.2/2018
KOTA KINABALU, SABAH (3 APRIL 2018) : SELASA, Satu Mesyuarat Jawatankuasa Blogger JMG Sabah Bil.2/2018 telah diadakan pada 3 April 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Chromite, Blok Jesselton, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Eddie Affandy Bin Mohd Yusslee yang juga selaku moderator Jawatankuasa Blogger JMG Sabah.
KURSUS PENGGERUDIAN (DRILLING COURSE) ANJURAN INSTITUTE OF QUARRYING MALAYSIA (IQM) DI PUCHONG PERDANA, SELANGOR DARUL EHSAN PADA 2-4 APRIL 2018
PUCHONG, SELANGOR (3 APRIL 2018) : SELASA, Kursus Penggerudian (Drilling Course) telah diadakan pada 2-4 April 2018 di Institute of Quarrying Malaysia (IQM) di Puchong Perdana, Selangor Darul Ehsan. Ianya dianjurkan oleh IQM dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Sandvik Mining and Rock Technology.