MAJLIS BACAAN YASIN

IPOH, 6 September 2013;  Majlis Bacaan Yasin telah diadakan di Surau Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG Ipoh. Majlis bertujuan untuk memohon keselamatan kepada 2 orang warga BPT iaitu En Hamid Ariffin dan En Dzazali Ayub yang akan bertolak ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji pada tahun 2013. Majlis yang sama juga dibuat bagi memohon rahmat Allah kepada anak-anak warga BPT yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM serta kepada arwah suami Pn. Petri Jamaliah Megat Dahalan yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

Baca selanjutnya

Sukan NRE 2013

Pada 13 September 2013 telah berlangsung Perasmian Sukan NRE 2013, bertempat di Padang Universiti Putra Malaysia (UPM). Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar. Acara sukan kali ini berlangsung dari 13 hingga 15 September 2013 dan dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Seramai 113 peserta dari JMG seluruh negara telah mengambil bahagian dalam 13 acara daripada 23 acara keseluruhan.

Baca selanjutnya

MESYUARAT AGUNG KSKBPT2013

IPOH, 17 Mei 2013:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali ke-10, bertempat di Bangunan Zamrud BPT. Pada mesyuarat kali ini mesyuarat telah memperkenalkan pakaian rasmi Jawatankuasa KSKBPT berupa kemeja F1 berwarna oren. Tiada pemilihan AJK yang baru dibuat pada mesyuarat kali ini, pemilihan akan dibuat pada tahun 2014 nanti.

Baca selanjutnya