Sukan KSKBPT : Batu Seremban

Ipoh 4 Dis 2012, Sukan tradisi bagi kaum Hawa iaitu batu seremban telah dilangsungkan oleh pengurus yang dilantik iaitu Pn Rozana bagi memenuhi permintaan ahli-ahli KSKBPT. Acara ini dilangsungkan di perkarangan Unit Kartografi BPT. Oleh kerana acara ini memang kepakaran para wanita, ia mendapat sambutan yang amat menggalakan sehingga permohonan menyertai acara tersebut terpaksa ditolak.

Baca selanjutnya

Sambutan Hari Inovasi 2012 Bahagian Perkhidmatan Teknikal

Sambutan Hari Inovasi 2012 Bahagian Perkhidmatan Teknikal, yang sepatutnya diadakan pada 21 November lalu akan ditunda kepada 4 Disember (Selasa) atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sambutan pada tahun ini akan diisikan dengan beberapa aktiviti, antaranya:

- Ceramah kesihatan, pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan derma darah.
- Anugerah Inovasi Perkhidmatan Teknikal.
- Anugerah Jabatan kepada kakitangan yang tiada cuti sakit melebihi 5 tahun.
- Anugerah Jabatan kepada kakitangan yang tiada tanda merah pada kad perakam waktu melebihi 5 tahun.
- Anugerah Jabatan kepada pekerja berintegriti.
- Anugerah Jabatan kepada kakitangan Inovatif dan Kreatif.