BUKU PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 DAN PELAN PELAKSANAAN GEOPARK NEGARA DILANCAR

BUKU PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 DAN PELAN PELAKSANAAN GEOPARK NEGARA DILANCAR
YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menyempurnakan Majlis Peluncuran Buku Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 (PPGN 2021-2030) dan Pelan Pelaksanaan Geopark Negara (PLGN) di International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2023, (IGEM) 2023 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) hari ini.
Penerbitan kedua-dua pelan ini merupakan inisiatif Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dalam memperkasa agenda pembangunan dan pengurusan geopark negara dan perlu dirujuk serta diguna pakai dalam semua perancangan pembangunan fizikal negara.

PAMERAN & POCKET TALK DI iGEM 2023

PAMERAN & POCKET TALK DI iGEM 2023
Sempena International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (iGEM) 2023 juga telah diadakan sesi Pocket Talk.
 
Sebanyak 14 slot Pocket Talk telah dibentangkan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).
 
Sesi Pocket Talk ini ditawarkan kepada agensi-agensi di bawah NRECC untuk berkongsi kepada para pelabur, pelawat dan pemain industri berkenaan dengan inisiatif, polisi, insentif, produk dan projek-projek yang dilaksanakan oleh setiap agensi.

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PEMBANGUNAN JABATAN (JKPJ) BIL. 1/2023 & MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI (MPPN) BIL. 2/2023

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PEMBANGUNAN JABATAN (JKPJ) BIL. 1/2023 & MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI (MPPN) BIL. 2/2023
Satu Mesyuarat telah diadakan pada 3 hingga 6 Oktober 2023 bertempat di Kinta Riverfront Hotel & Suites Ipoh, Perak. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Operasi (TKPO) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
 
Mesyuarat tersebut bertujuan membentangkan laporan dan pencapaian setiap PTJ serta hal-hal berkaitan jabatan.

Mesyuarat Penyediaan Pelan Pengurusan Bencana Geologi Negara (PBGN) Bil. 2/2023

Mesyuarat Penyediaan Pelan Pengurusan Bencana Geologi Negara (PBGN) Bil. 2/2023
Sesi sumbang saran ini dihadiri oleh wakil-wakil Ahli Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi (GKBG) JMG serta panel penasihat yang terdiri dari Pengarah JMG Selangor/W.Persekutuan, Pengarah JMG Sabah dan Timbalan Pengarah, Unit Perancangan Geosains JMG.
 
Tujuan sesi ini adalah merangka Pelan PBGN yang akan menjadi panduan dan rujukan utama dalam pelaksanaan Pusat Bencana Geologi Negara yang dijadualkan beroperasi pada akhir tahun ini.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐈𝐒 𝐍𝐑-𝐑𝐄𝐄 𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐈𝐒 𝐍𝐑-𝐑𝐄𝐄 𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JMG, Tuan Haji Kamaruddan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Korporat dan Ekonomi Mineral JMG, P Geol Abdullah Bin Sulaiman telah mengiringi Ketua Setiausaha Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Dato' Rosli Haji Isa telah membuat lawatan ke Tapak Projek Perintis NR-REE hulu Perak bersama SUB (Mineral dan Geosains), Haji Shamsul Shahril Badliza bin Mohd Noor, YB Kewangan Negeri Perak, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin, YB Penasihat undang-undang Negeri Perak, YB. Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin serta Pegawai- Pegawai Kanan Persekutuan dan Daerah.