Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat JMG Bil. 4/2023 Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H /2023

Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat JMG Bil. 4/2023 Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H /2023
Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat JMG Bil. 4/2023
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H /2023.
📆18 Mei 2023
📍Ibu Pejabat JMG Malaysia, Putrajaya
Perhimpunan Bulanan kali ini mempunyai beberapa agenda menarik; antaranya Taklimat MyGEMS, Kuiz Kahoot dan penyampaian beberapa sijil
penghargaan, anugerah dan hadiah.
Majlis Aidilfitri pula telah dimeriahkan dengan reruai makanan dari 4 buah cawangan di Ibu Pejabat JMG dan diserikan lagi dengan hiasan dekorasi Aidilfitri oleh setiap cawangan.
Kehadiran beberapa mantan-mantan Ketua Pengarah JMG, mantan pegawai- pegawai JMG, pegawai kader dan tetamu jemputan dari agensi NRECC, industri dan institusi telah menyerikan lagi majlis.
Semoga majlis begini akan merapatkan lagi silaturrahim di antara warga dan sahabat-sahabat JMG.

Perbincangan Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMP) bagi Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS)

Perbincangan Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMP) bagi Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS)
Perbincangan Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMP) bagi Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) telah diadakan bersama Alami technologies Sdn bhd pada 16 Mei 2023 bertempat di Ibu Pejabat JMG.
Rangka kerja keselamatan ini bertujuan memberi panduan asas serta merangkumi kesemua komponen keselamatan yang perlu diambil kira oleh JMG bagi melindungi maklumat dalam sistem MyGEMS.

Kunjungan hormat daripada S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Kunjungan hormat daripada S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
JMG telah menerima kunjungan hormat daripada S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Perlis pada pagi ini.
JMG telah berkongsi info tentang peranan jabatan dalam mengembangkan bidang mineral dan geosains bagi pembangunan negara.
Perbincangan dua hala juga telah menyentuh tentang potensi pembangunan pebagai sumber geosains yang boleh dibangunkan di Negeri Perlis.
Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada hubungan yang lebih erat antara JMG dan Kerajaan Negeri Perlis.

34th Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX'23)

34th Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX'23)
34th Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX'23)
📍 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
🗓 11 - 12 Mei 2023.
Sekitar lawatan YBrs. En. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG dan YBrs. Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) JMG dan pihak Pengurusan JMG ke ITEX'23.
Dua rekacipta dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), JMG dipertandingkan dan telah meraih pingat emas dan perak.