MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PEMBANGUNAN JABATAN (JKPJ) BIL. 1/2023 & MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI (MPPN) BIL. 2/2023

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PEMBANGUNAN JABATAN (JKPJ) BIL. 1/2023 & MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI (MPPN) BIL. 2/2023
Satu Mesyuarat telah diadakan pada 3 hingga 6 Oktober 2023 bertempat di Kinta Riverfront Hotel & Suites Ipoh, Perak. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Operasi (TKPO) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
Β 
Mesyuarat tersebut bertujuan membentangkan laporan dan pencapaian setiap PTJ serta hal-hal berkaitan jabatan.

Mesyuarat Penyediaan Pelan Pengurusan Bencana Geologi Negara (PBGN) Bil. 2/2023

Mesyuarat Penyediaan Pelan Pengurusan Bencana Geologi Negara (PBGN) Bil. 2/2023
Sesi sumbang saran ini dihadiri oleh wakil-wakil Ahli Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi (GKBG) JMG serta panel penasihat yang terdiri dari Pengarah JMG Selangor/W.Persekutuan, Pengarah JMG Sabah dan Timbalan Pengarah, Unit Perancangan Geosains JMG.
Β 
Tujuan sesi ini adalah merangka Pelan PBGN yang akan menjadi panduan dan rujukan utama dalam pelaksanaan Pusat Bencana Geologi Negara yang dijadualkan beroperasi pada akhir tahun ini.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ π“π€ππ€πŠ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„π‘πˆππ“πˆπ’ 𝐍𝐑-𝐑𝐄𝐄 𝐇𝐔𝐋𝐔 ππ„π‘π€πŠ

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ π“π€ππ€πŠ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„π‘πˆππ“πˆπ’ 𝐍𝐑-𝐑𝐄𝐄 𝐇𝐔𝐋𝐔 ππ„π‘π€πŠ

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JMG, Tuan Haji Kamaruddan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Korporat dan Ekonomi Mineral JMG, P Geol Abdullah Bin Sulaiman telah mengiringiΒ Ketua Setiausaha Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Dato' Rosli Haji Isa telah membuat lawatan ke Tapak Projek Perintis NR-REE hulu Perak bersama SUB (Mineral dan Geosains), Haji Shamsul Shahril Badliza bin Mohd Noor,Β YB Kewangan Negeri Perak, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin, YB Penasihat undang-undang Negeri Perak, YB. Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin serta Pegawai- Pegawai Kanan Persekutuan dan Daerah.

LAWATAN KAEDAH MELOMBONG BAWAH TANAH DI LOMBONG HONEST SAM CHAAH, JOHOR

LAWATAN KAEDAH MELOMBONG BAWAH TANAH DI LOMBONG HONEST SAM CHAAH, JOHOR

Jawatankuasa Sumber Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan lawatan ke Lombong Honest Sam Chaah, Johor. Seramai 20 orang ahli JKSM JMG Malaysia telah hadir. Ahli terdiri daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral JMG, kesemua Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Malaysia, ketua projek Sumber Mineral JMG.

MESYUARAT JAWATANKUASA SUMBER MINERAL BIL 2/2023 DAN LAWATAN KERJA TEKNIKAL KE LOMBONG BIJIH BESI DI CHAAH BARU, BATU PAHAT, JOHOR

MESYUARAT JAWATANKUASA SUMBER MINERAL BIL 2/2023 DAN LAWATAN KERJA TEKNIKAL KE LOMBONG BIJIH BESI DI CHAAH BARU, BATU PAHAT, JOHOR

19-20 September 2023, Batu Pahat- Pengarah ekonomi Mineral JMG Malaysia, En. Yusari Basiran telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Mineral (JKSM) JMG Bil.2/2023 yang telah diadakan Hotel Impiana, Senai, Johor. Turut hadir Bersama adalah semua Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG dan Ketua-ketua Core Group Unsur Nadir Bumi (REE), En Fakhruddin Afif bin Fauzi, Survei Geofizik Awangan (ECER), En Zaki bi Alias, Mineral Berlogam (MBL), En John Joseph Jinap dan Mineral Perindustrian (MPI), En Azmi bin Abu Bakar.