Sesi Pembentangan Pengstukturan Semula JMG kepada Bahagian Mineral Geosains (BMG) dan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) kementerian NRECC.
KUNJUNGAN DARI PETRONAS DAN PERBINCANGAN BAGI MEWUJUDKAN KERJASAMA DUA HALA JMG-PETRONAS.
KUNJUNGAN DARI PETRONAS DAN PERBINCANGAN BAGI MEWUJUDKAN KERJASAMA DUA HALA JMG-PETRONAS.
Suatu sesi perbincangan teknikal telah dijalankan dan kedua belah pihak telah berkongsi dasar, hala tuju, fokus dan beberapa perkembangan terkini masing masing dalam bidang pengurusan organisasi dan geosains.
Pihak PETRONAS telah membentangkan Kajian tentang 'Shale Gas Study' yang memerlukan kerjasama daripada pihak JMG. Pihak JMG juga telah berkongsi kajian teknikal JMG yang sedang dijalankan yang mungkin boleh dijadikan sebahagian daripada modul kepada perkongsian pintar yang dicadangakan.
Pertemuan adalah dalam suasana yang santai namun beberapa langkah awal bagi kerjasama telah dirangka.
Bengkel Penggunaan dan Konfigurasi SISPAA NRECC
Bengkel anjuran NRECC ini telah diadakan di Bilik Latihan Aras 1, Kompleks F11, NRECC Putrajaya pada 13-14 Julai 2023 telah dihadiri oleh pegawai Unit Komunikasi Korporat dan Unit Pengurusan Web dan Portal Ibu Pejabat. Tujuan bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada penyelaras aduan tentang kaedah penggunaan SISPAA.