Kunjungan Hormat YBhg. Datuk P.Geol. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG kepada YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim.

Semoga hubungan dan kerjasama baik antara JMG dan Kerajaan Negeri Johor akan sentiasa membuahkan hasil bagi kesejahteraan rakyat Negeri Johor.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
 
⏳8 - 10 Disember 2023
📍 Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.
 
Jom.. jom... jumpa kami di Reruai NRECC, Khemah 1, No. 008 Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Nak data mineral dan geosains secara PERCUMA ?
JMG akan mempromosikan Aplikasi Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS). Menarik tau 😎
Pelbagai aktiviti lain juga akan disediakan di Reruai NRECC.

TAKLIMAT PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA (PPGN) 2021-2030 DAN PELAN PELAKSANAAN GEOPARK NEGARA (PLGN) DI NEGERI SABAH TAHUN 2023

📍Kota Kinabalu, Sabah
📆 06 Disember 2023
 
JMG dan NRECC telah menganjurkan program taklimat berkaitan PPGN dan PLGN kepada Kerajaan Negeri Sabah yang diwakili oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah.
Taklimat teknikal telah diberikan oleh YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah JMG.
 
Perserta taklimat adalah terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta institusi pengajian tinggi di Negeri Sabah.
Ini merupakan sesi taklimat yang pertama kepada pihak Kerajaan Negeri semenjak kedua-dua pelan ini dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri dalam Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Ke-42 (MPFN Ke-42) untuk diterima pakai di semua Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan termasuk di Sabah dan Sarawak.
 
Secara dasarnya pihak Kerajaan Negeri Sabah menerima baik akan pemakaian pelan-pelan ini.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan amat lancar. Semoga hubungan yang baik antara pihak JMG dan pihak berkepentingan berkaitan geopark di Negeri Sabah akan terus dijalinkan bagi memastikan kawasan geopark diurus dengan baik dan lestari.

Kunjungan Hormat daripada Hubei Provincial Bureau of Geology (HPBG), China kepada Ketua Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)

📍Ibu Pejabat JMG, Putrajaya
 
Kunjungan hormat ini telah diikuti dengan perbincangan bagi potensi kerjasama dalam bidang geosains antara HPBG dan JMG.
Semoga hubungan yang terjalin ini akan dimanfaatkan bagi perkembangan mineral dan geosains antara kedua belah pihak.

Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah JMG oleh Industrial Innovation Academy (IIA) dan Earth Sciences Consultancy Centre (ESCC), Oman

📆 21 November 2023
 
Kunjungan hormat dan perbincangan dula hala ini akan berkisarkan kepada cadangan kerjasama dua-hala antara IIA dan ESCC / JMG serta peluang dalam industri berasaskan mineral yang boleh diceburi oleh pihak IIA dan ESCC, Oman di Malaysia.
Semoga perhubungan ini akan dapat mengembangkan lagi industri berasaskan mineral di kedua-dua buah negara.