Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli),(NRECC) dan Pengurusan Ibu Pejabat, JMG Malaysia

Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli),(NRECC) dan Pengurusan Ibu Pejabat, JMG Malaysia
IPOH, 15 OGOS – Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dan Pengurusan Ibu Pejabat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah diadakan di Pusat Penyelidikan Mineral.
Agenda utama lawatan ini adalah Sesi Dialog Ketua Pengarah JMG Bersama Pegawai PPM dan BPT serta lawatan ke makmal-makmal penyelidikan PPM yang melibatkan taklimat berkenaan projek-projek penyelidikan PPM iaitu Aplikasi Pemantauan Habuk di Kuari, Kaedah Pengekstrakan Unsur Nadir Bumi (REE) dan Penghasilan Kalsium Karbonat Termendak (PCC).
Tuan TKSU juga telah menyampaikan amanat khas kepada pihak pengurusan JMG semasa majlis ini berlangsung.

Program Penghasilan Cat di BINA PAINT INDUSTRIES Sdn. Bhd. (BINA PAINT)

Program Penghasilan Cat di BINA PAINT INDUSTRIES Sdn. Bhd. (BINA PAINT)

BANGI, 8 OGOS - Seramai 11 orang Pegawai dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) hari ini telah menghadiri Program Penghasilan Cat di BINA PAINT INDUSTRIES Sdn. Bhd. (BINA PAINT) yang diketuai oleh Dr. Rohaya Othman. Pihak PPM juga telah menyerahkan 500 kg kalsium karbonat termendak atau dikenali sebagai Precipitated Calcium Carbonate (PCC) kepada pihak BINA PAINT. PCC ini akan digunakan oleh pihak BINA PAINT untuk menghasilkan cat. Selain itu, pihak BINA PAINT juga mengiringi serta memberi penerangan berkaitan penghasilan cat di kilang BINA PAINT.

Bengkel Analisis Saiz Partikel

Bengkel Analisis Saiz Partikel

IPOH, 1 OGOS - Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menganjurkan satu bengkel mengenai analisis saiz partikel menggunakan alat laser particle size analyzer (LPSA). Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri oleh 20 orang kakitangan PPM daripada pelbagai cawangan. Diharapkan kursus ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua peserta yang terlibat.

International Conference on Research and Practices in Science, Technology, and Social Science (I-CReST 2023)

 International Conference on Research and Practices in Science, Technology, and Social Science (I-CReST 2023)
Tahniah diucapkan kepada Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) dan Cawangan Teknologi Berasakan Silika (CTBS) yang telah mengambil bahagian dalam International Conference on Research and Practices in Science, Technology, and Social Science (I-CReST 2023) anjuran UiTM Cawangan Selangor yang telah berlangsung pada 22hb Julai 2023 (Sabtu) yang lalu. Tahniah juga diucapkan kepada CTPM yang telah dianugerahkan Special Awards daripada pihak penaja, Malaysian Zeolite Association (MyZA) didalam perbentangan itu.
Kertas perbentangan yang telah dibentangkan adalah seperti berikut:
1. Production of Glass-Grade Silica Sand from Ex-tin Mine Tailing Sand (CTPM)
I-CReST 2023: 179-179
Penyampai:
Ms. Roshaida Arbain
Dr. Hj. Ismail Ibrahim
Mr. Anuar Othman
Mr. costantine Joannes
Dr. Tinesha Selvaraj
2. Feasibility Study of Sea Sand in producing Lightweight Tiles (CTBS)
I-CReST 2023: 175-155
Penyampai:
Ms. Syarifah Aminah Ismail
Mr. Mohd Idham Mustaffar
Mr. Mohd Hakim Ibrahim
Ms. Nabihah Othman
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua untuk melakukan yang
terbaik.