Majlis Perhimpunan Bulanan, Sambutan Aidilfitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan 2013

Perhimpunan Bulan Ogos 2013 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Ibu Pejabat telah diadakan pada 30 Ogos 2013 di Bilik Nilam. Majlis Perhimpunan kali ini amat istimewa kerana ia merangkumi 3 majlis dalam 1. Sesuai dengan gelaran ‘Perhimpunan Merdeka Raya’, ia merupakan Majlis Perhimpunan Bulanan bersama sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Kemerdekaan ke -56.

Baca selanjutnya

Majlis Makan Malam Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat (KESKIP) & Majlis Persaraan Staf JMG Ibu Pejabat 2013

Pada 6hb Julai 2013 baru-baru ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat (KESKIP) dengan jayanya telah menganjurkan Majlis Makan Malam Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat (KESKIP) & Majlis Persaraan Staf JMG Ibu Pejabat 2013 bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Tema pakaian pada kali ini adalah 'Color Block' dan rata-rata kakitangan yang hadir bersama isteri dan anak-anak menampilkan penampilan yang amat menarik dan mengikuti tema fesyen terkini. Syabas!

Baca selanjutnya