Program Komuniti Berimpak Tinggi Pengurangan Risiko Bencana (High Impact Community-Based Disaster Risk Reduction)

Program Komuniti Berimpak Tinggi Pengurangan Risiko Bencana (High Impact Community-Based Disaster Risk Reduction)

8/10/2018 - Program Komuniti Berimpak Tinggi Pengurangan Risiko Bencana (High Impact Community-Based Disaster Risk Reduction) telah diadakan di Kem Bina Negara, Kundasang pagi ini. Program ini dianjurkan oleh pihak JMG, NADMA, UTM KL dan Pejabat SUK Sabah bersama agensi-agensi Persekutuan dan Negeri. Ianya adalah selaras dengan komitmen Kerajaan di bawah Sendai Framework on Disaster Risk Reduction 2015-2030 dan UN Sustainable Development Goals (SDG).

Baca selanjutnya

Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa (JK) Bertindak Warisan Geologi JMG Malaysia

Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa (JK) Bertindak Warisan Geologi JMG Malaysia

Mesyuarat penubuhan Jawatankuasa (JK) Bertindak Warisan Geologi JMG Malaysia telah diadakan pada 4/10/2018 di JMG Ibu Pejabat, Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk Shahar Effendi A Azizi, KP JMG. Jawatankuasa ini ditubuhkan hasil keperluan teknikal dan disiplin di peringkat JK Pakar Warisan (Sub Warisan Geologi) peringkat Jab. Warisan Negara (JWN) bulan yang lalu. Usaha kearah memperkasakan penubuhan JK ini yang bersistematik, terancang dan mampan.

Majlis Menandatangani Kontrak Perjanjian antara JMG dan Geomapping Technology Sdn. Bhd. (GMT) bagi pelaksanaan Projek Perkhidmatan Pemetaan Geologi Terain Kawasan Cameron Highland

Majlis Menandatangani Kontrak Perjanjian antara JMG dan Geomapping Technology Sdn. Bhd. (GMT) bagi pelaksanaan Projek Perkhidmatan Pemetaan Geologi Terain Kawasan Cameron Highland

Majlis Menandatangani Kontrak Perjanjian antara JMG dan Geomapping Technology Sdn. Bhd. (GMT) bagi pelaksanaan Projek Perkhidmatan Pemetaan Geologi Terain Kawasan Cameron Highland, Pahang seluas 712 kilometer persegi telah diadakan pada 5/10/2018 bertempat di Ibu Pejabat JMG. Projek ini diantara usaha JMG dalam peringkat perancangan guna tanah negara dan penilaian risiko bencana geologi melalui aktiviti Geologi Kejuruteraan.

Baca selanjutnya