Sesi menandatangani perjanjian antara JMG dengan pihak Geo Strata Sdn. Bhd.

Sesi menandatangani perjanjian antara JMG dengan pihak Geo Strata Sdn. Bhd.

Satu sesi menandatangani perjanjian antara JMG dengan pihak Geo Strata Sdn. Bhd. telah diadakan pada 6 Jun 2018 bertempat di Ibu Pejabat JMG. Perjanjian ini adalah bagi melaksanakan "Projek Penghasilan Peta Bahaya Cerun dan Peta Risiko Cerun (PBRC) Negara Fasa 2 di Cameron Highland, Pahang". Pihak Geo Strata Sd. Bhd. diwakili En. Azmawi Mazran dan En. Mohd. Fadlee Baba.

Melalui projek ini, pihak JMG dapat membuat pengkelasan terain dan cerun kritikal di lapangan dan dapat mengenalpasti zon berisiko tinggi. Susulan itu membolehkan JMG membantu dalam program pemulihan dan mitigasi serta membantu program kesedaran awam bagi mengurangkan risiko geobencana tanah runtuh.

Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Majlis Penyampaian Surat Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah jayanya diadakan pada 22 Februari 2018 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, NRE, Putrajaya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Datuk Dr. Haji Hamim Bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YBhg Dato' Sri Azizan Bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sektiar.

Baca selanjutnya

Majlis Pelancaran Rasmi Lesen Pembedil dan Penyampaian Kepada Pemegang Lesen JMG, PDRM, MQA, MCOM dan IQM

Majlis Pelancaran Rasmi Lesen Pembedil dan Penyampaian Kepada Pemegang Lesen JMG, PDRM, MQA, MCOM dan IQM

Majlis Pelancaran Rasmi Lesen Pembedil dan Penyampaian Kepada Pemegang Lesen JMG, PDRM, MQA, MCOM dan IQM telah diadakan dengan jayanya pada 20 September 2017, 10.00 pagi bertempat di Hotel Silika, Cheras, Kuala Lumpur dengan dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

Baca selanjutnya