Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 22-24 November 2024

Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 22-24 November 2024
Program ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kerajaan, diskaun menarik seperti saman trafik, jualan MADANI, karnival kerjaya, dan banyak lagi aktiviti untuk rakyat.
 
JMG akan turut terlibat dalam program ini pada 22 dan 23 November untuk mempromosikan Aplikasi Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) 🤳🏻📱 Inilah peluang untuk anda semua mendapatkan data mineral dan geosains secara PERCUMA ✨ Bukan itu sahaja, JMG juga akan mengadakan sesi pocket talk dan perkongsian di reruai NRES tentang Gombak Hulu-Langat Geopark, the 'Urban Geopark', yang baru sahaja mendapat pengisytiharan sebagai Geopark Kebangsaan Pertama di Negeri Selangor! 🌲🧗🏻
 
Jangan ketinggalan untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik dari JMG di reruai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di K27, Hall 4, KLCC! Jumpa di sana!

PNB Tea Talk Series 2024 #13 : 'Unravelling the Sinkhole Phenomenon: A Hidden Depth Beneath Us'

PNB Tea Talk Series 2024 #13 : 'Unravelling the Sinkhole Phenomenon: A Hidden Depth Beneath Us'
📍Merdeka Tower 118, Kuala Lumpur
▪️ 21 November 2024
 
YBhg. Datuk Zamri Ramli, Ketua Pengarah JMG telah meluangkan masa dan memberikan syarahan santai dalam sesi PNB Tea Talk Series 2024 #13 bertajuk 'Unravelling the Sinkhole Phenomenon: A Hidden Depth Beneath Us'.
 
PNB Tea Talk adalah sesi perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang antaranya bidang sains, sukan, kewangan mahupun pentadbiran.
Sesi ini telah berjalan dengan suasana yang amat santai, mesra dan mendapat sambutan baik dari kakitangan PNB dengan pelbagai soalan yang menarik dari audien.
 
JMG sentiasa bersedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pelbagai bidang di bawah bidangkuasa JMG; demi menyalurkan maklumat yang tepat berkaitan geologi kepada semua lapisan masyarakat.
 
Tahniah kepada pihak PNB dan PNB Research Institute atas inisiatif menganjurkan siri Tea Talk ini.
Tahniah juga kepada Ketua Pengarah JMG atas perkongsian yang santai dan menarik ini.

SESI LIBAT URUS RANG UNDANG-UNDANG PENYIASATAN GEOLOGI DAN GEOSAINS (RUU PGG) JMG-NRES TAHUN 2024

SESI LIBAT URUS RANG UNDANG-UNDANG PENYIASATAN GEOLOGI DAN GEOSAINS (RUU PGG) JMG-NRES TAHUN 2024
📍 Hotel Ibis, Melaka
▪️ 20 November 2024
 
JMG telah menjalankan Sesi Libat Urus Rang Undang-undang Penyiasatan Geologi dan Geosains (RUU PGG) bersama jabatan dan agensi dari zon selatan yang merangkumi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
 
Sejumlah 71 orang peserta; antaranya penasihat undang-undang dari kerajaan negeri dan jabatan serta agensi telah hadir bagi membincangkan RUU PGG ini khususnya bagi melihat kepada keperluan setiap Kerajaan Negeri serta jabatan dan agensi di setiap negeri.
 
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Zukni b. Ahmad Khalil, Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG.
Turut serta dalam sesi ini ialah YBrs. Tuan Ahmad Razif b. Mohd Sidek, Penasihat Undang-Undang NRES serta YBrs. En. Nor Azmi b. Ahmad, Timbalan Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains, NRES.
 
Cadangan penggubalan RUU PGG ini adalah bagi menggantikan Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 adalah untuk memenuhi keperluan semasa bagi mewujudkan satu pengurusan strategik berkaitan dengan bidang geologi dan geosains yang lebih efisyen dan efektif.

Mesyuarat Penawanan Data Lapangan Sistem MINGEOGIS @ MyGEMS Kluster Lombong Kuari dan Geologi Marin Bil.2/2024

Mesyuarat Penawanan Data Lapangan Sistem MINGEOGIS @ MyGEMS Kluster Lombong Kuari dan Geologi Marin Bil.2/2024
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan dan merancang strategi penawanan data bagi tahun semasa, memastikan pengumpulan data yang tepat dan komprehensif, serta menyelaraskan usaha semua pihak yang terlibat dalam proses ini untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
 
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 17-20 November 2024 bertempat di Mega View Hotel, Kuantan, Pahang.

Majlis Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai Geopark Pertama Negeri Selangor

Majlis Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai Geopark Pertama Negeri Selangor
▪️16 November 2024
📍 Gua Damai Extreme Park, Batu Caves, Selangor
🌴🌱🦉
 
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor mencemar duli ke Majlis Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai Geopark Pertama Negeri Selangor, hari ini.
 
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Shari, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YBhg. Datuk Zamri Ramli, Ketua Pengarah JMG serta YBrs. En. Tuan Rusli Tuan Mohamed, Pengarah JMG Negeri Selangor/ W.Persekutuan serta para pembesar negeri.
 
Gombak-Hulu Langat telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang ketujuh (7) di bawah Program Pembangunan Geopark oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
 
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia sentiasa komited untuk membantu Kerajaan Negeri dari sudut kajian saintifik geotapak dan program kesedaran bersama dengan masyarakat bagi setiap geopark yang telah dan akan dibangunkan di Malaysia.
 
GHLGp adalah ibarat suatu mutiara anugerah Tuhan di Negeri Selangor yang perlu dipulihara. Ia mengimbangkan pembangunan fizikal perbandaran dan keperluan pemuliharaan sumber geodiversiti negara.
 
Bukit batu kapur, Bukit Damai yang berusia 400 juta tahun dan Permatang Kuarza Klang Gates atau Permatang Kuarza Gombak Selangor yang merupakan sebuah permatang kuarza tulen yang terpanjang di dunia dan berusia berusia 252 juta tahun adalah antara sumber geologi yang tidak ternilai di GHLGp.

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐲𝐭𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐦𝐛𝐚𝐤-𝐇𝐮𝐥𝐮 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 (𝐆𝐇𝐋) 𝐆𝐞𝐨𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐆𝐞𝐨𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐲𝐭𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐦𝐛𝐚𝐤-𝐇𝐮𝐥𝐮 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 (𝐆𝐇𝐋) 𝐆𝐞𝐨𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐆𝐞𝐨𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor mencemar duli ke Majlis Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai Geopark Pertama Negeri Selangor, hari ini. Hadir sama, Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Shari serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
 
Dalam ucapan aluan YB Menteri, beliau berkata Gombak-Hulu Langat telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang ketujuh (7) di bawah Program Pembangunan Geopark oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
 
GHL Geopark merupakan satu-satunya geopark yang berada dalam kawasan bandar (urban geopark) berbanding geopark lain yang kebanyakannya berada di kawasan luar bandar. Ini menunjukkan bahawa pembangunan wilayah yang mempunyai warisan berkepentingan geologi, biologi dan budaya tidak dipinggirkan dalam arus pemodenan dan urbanisasi.
 
Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat sebagai Geopark Kebangsaan bukan sahaja akan memberi impak yang besar kepada alam sekitar, tetapi juga kepada komuniti setempat, terutamanya dari segi sosioekonomi. Gombak-Hulu Langat Geopark dilihat sebagai pelaksanaan yang inklusif serta berpotensi menjadi model terbaik untuk dicontohi oleh negeri-negeri lain.

BENGKEL SPESIFIKASI KEPERLUAN BISNES (BRS) 2 SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL TERAIN DAN CERUN NEGARA (NATSIS

BENGKEL SPESIFIKASI KEPERLUAN BISNES (BRS) 2 SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL TERAIN DAN CERUN NEGARA (NATSIS
Pada 12 hingga 14 November 2024, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menganjurkan Bengkel Spesifikasi Keperluan Bisnes (BRS) 2 bagi perkhidmatan pemerkasaan Sistem Maklumat Geospatial Terain dan Cerun Negara (NATSIS) bertempat di Hotel Rocana, Kuantan, Pahang.
 
Bengkel ini bertujuan untuk memastikan keperluan spesifikasi yang komprehensif bagi pembangunan NATSIS. Sistem ini penting dalam pengurusan maklumat terain dan cerun secara lebih efisien, tepat, dan menyeluruh. Melalui NATSIS, data berkaitan cerun dan kawasan berisiko dapat dipantau dan diakses dengan lebih mudah oleh agensi-agensi yang berkaitan, sekali gus meningkatkan keupayaan dalam aspek pemantauan serta pengurusan risiko tanah runtuh.
 
Manfaat kepada rakyat adalah ketara, di mana akses kepada maklumat cerun dan risiko tanah runtuh dapat mengurangkan risiko bencana serta meningkatkan keselamatan penduduk, khususnya yang tinggal di kawasan cerun. Inisiatif ini sejajar dengan usaha kerajaan dalam memastikan kesejahteraan serta keselamatan awam terpelihara melalui pemerkasaan teknologi dan maklumat geospatial.

Welcome Dinner - 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024

Welcome Dinner - 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024
Majlis Welcome Dinner sempena 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024 telah diadakan pada 3 November 2024 di Holiday Villa Resort and Beachclub, Langkawi.
 
Sama-sama kita raikan kedatangan delegasi dari negara-negara ahli CCOP dalam suasana keindahan Langkawi sambil mengeratkan hubungan dan kerjasama serantau.