PROGRAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERASASKAN KOMUNITI (CBDRM) TAMAN EKO RIMBA (TER) CHAMANG, BENTONG, PAHANG

PROGRAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERASASKAN KOMUNITI (CBDRM) TAMAN EKO RIMBA (TER) CHAMANG, BENTONG, PAHANG
satu Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti, ataupun 'Community Based Disaster Risk Management Programme' telah dijalankan di Bentong Happy Farm, Bentong, Pahang oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Pahang.
 
Objektif program ini dilaksanakan adalah bagi memperkasakan komuniti setempat di sekitar daerah Bentong terhadap bencana berasaskan sedimen, khususnya berkaitan bencana aliran puing dan kepala air yang berlaku di Taman Eko Rimba (TER) Chamang. Program ini merangkumi pembentangan oleh individu berpengalaman di dalam pengurusan risiko bencana iaitu Dato Zakaria bin Mohamad (Pengerusi BOG) dan En Roslan Ab. Ghani (Pengasas dan Presiden Persatuan Pengurusan Bencana Kebangsaan), lawatan tapak di TER Chamang serta sesi 'ice breaking' di dalam kumpulan

SESI LIBAT URUS MyGEMS BERSAMA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN

SESI LIBAT URUS MyGEMS BERSAMA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN
Sesi libat urus MyGEMS telah diadakan pada hari ini, 20hb Oktober 2023 bertempat di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Selangor/Wilayah Persekutuan.
Sesi tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, Pengarah JMG Selangor/Wilayah Persekutuan. Kehadiran warga JMG Selangor/Wilayah Persekutuan amat menggalakkan.

MESYUARAT PEMURNIAN LAPORAN TAHUNAN MINERAL JMG 2022

MESYUARAT PEMURNIAN LAPORAN TAHUNAN MINERAL JMG 2022

Cawangan Ekonomi Mineral (CEM) sedang mengadakan Mesyuarat Pemurnian Laporan Tahunan Mineral JMG 2022 yang bermula pada 16 Oktober sehingga 1 November 2023. Tujuan mesyuarat pemurnian ini adalah untuk membuat verifikasi, menyemak dan meneliti data-data mineral negeri supaya relevan dan boleh digunapakai dalam pembangunan industri mineral negara. Pemurnian ini melibatkan 5 laporan tahunan mineral bagi tahun rujukan 2022 iaitu Malaysian Mineral Yearbook (MYB), Malaysian Mining Industries (MMI), Directory of Industrial Mineral Production (IMP), Directory of Mineral-based Industries (MBI) dan Malaysian Mineral Trade Statistics (MINTRADE).

BENGKEL ASAS PENYEDIAAN PETA SUMBER MINERAL NEGERI

BENGKEL ASAS PENYEDIAAN PETA SUMBER MINERAL NEGERI

Peta sumber mineral negeri ini memaparkan maklumat lokasi sumber mineral yang berpotensi untuk dibangunkan daripada hasil kajian JMG secara terperinci termasuk lokasi potensi unsur nadir bumi (NRREE). Taklimat asas penyediaan peta sumber mineral ini telah disampaikan oleh En. Iszaynuddin Abd. Hamid dan dibantu oleh Cik Hidayah Harin.