Satu lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Merlimau, Melaka telah dilaksanakan oleh sepasukan terdiri daripada 17 orang pegawai geosains unit hidrogeologi Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri. Lawatan tersebut diketuai oleh Pengarah Cawangan Penyelarasan dan Pelaksanaan Operasi (PPO) Ibu Pejabat JMG, Hj. Mohd Nazan bin Awang. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Ketua Projek bagi Kajian Sumber Air Tanah Untuk Mengatasi Loji Rawatan Air (LRA) Bermasalah, Hj Nurzaidi bin Abdullah dan Timbalan Pengarah JMG Pahang, Encik Wan Saiful bin Wan Mohamad serta pegawai-pegawai daripada Badan Kawal Selia Air Melaka dan Syarikat Air Melaka Berhad.
Lawatan Kerja TKSU Sumber Asli ke Ibu Pejabat JMG
Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Ke Ibu Pejabat JMG telah diadakan pada 7 Disember 2017. Kehadiran warga JMG adalah seramai 60 orang dan perjumpaan bersama TKSU telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nilam, Lantai 22, Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur.
Perbincangan Projek Pengkomersialan R&D
Majlis Pecah Tanah Projek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Pekan Fasa II (PARCEL 2)
Datuk Ketua Pengarah telah menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Pekan Fasa II (PARCEL 2) pada 25 Februari 2018 bertempat di Tapak Projek RTB, Kg.Pulau Keladi, Pekan Pahang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia.