THE 37th MALAYSIA-THAILAND BORDER JOINT GEOLOGICAL SURVEY WORKING GROUP MEETING & 20th MALAYSIA-THAILAND BORDER JOINT GEOLOGICAL SURVEY COMMITIEE MEETING

THE 37th MALAYSIA-THAILAND BORDER JOINT GEOLOGICAL SURVEY WORKING GROUP MEETING & 20th MALAYSIA-THAILAND BORDER JOINT GEOLOGICAL SURVEY COMMITIEE MEETING

THE 37th MALAYSIA-THAILAND BORDER JOINT GEOLOGICAL SURVEY WORKING GROUP MEETING & 20th MALAYSIA-THAILAND BORDER JOINT GEOLOGICAL SURVEY COMMITIEE MEETING

Delegasi JMG Malaysia telah ke La-Ngu, Satun, Thailand bagi menghadiri The 37th Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting dan 20th Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Commitiee Meeting.

Delegasi JMG Malaysia telah diwakili oleh Dr. Abdullah Sulaiman Pengarah Cawangan Perancangan dan Pengurusan, En. Norazmi bin Ahmad Timbalan Setiausaha Bahagian Geosains, NRECC, En. Mat Niza bin Abdul Rahman Timbalan Pengarah Geosains, JMG Perak merangkap Ketua Kumpulan Kerja Malaysia, En. Farid bin Zainudin Penolong Pengarah Kanan, JMG Perak dan penasihat pakar dari Universiti Malaysa, Prof. Madya Dr. Meor Hakif bin Amir Hassan.

 Delegasi dari Thailand telah diwakili oleh Department of Mineral Resource of Thailand (DMR Thailand) yang diketuai oleh Ketua Pengarah DMR Thailand Dr. Orunaj Lorpehnsri bersama En. Suvapak Imsamut Timbalan Ketua Pengarah DMR Thailand, Dr. Apsorn Sardsud Pengarah Divisyen Penyiasatan Geologi, En. Suwith Kosuwan Pakar Pengurusan Sumber Mineral, Dr. Dhiti Tulyatid Pakar Kerjasama Antarabangsa, Prof. Emeritus Dr. Punya Charusiri Pakar Pengurusan Mineral, En. Chaiporn Siripornpibul Pakar Konservasi Geologi, Cik Krittaya Pattamalai Pengarah Divisyen Sumber Mineral dan Puan Supaporn Worakanok Pengarah, Bahagian Pemuliharaan dan Pengurusan Sumber Geologi serta diiringi seramai 8 pegawai kanan dari pelbagai bidang kepakaran.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa membawa gelaran Datuk

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa membawa gelaran Datuk

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia merakamkan Setinggi-tinggi Tahniah kepada YBhg. Datuk Haji Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa membawa gelaran Datuk daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam bersempena sambutan hari jadi beliau yang ke-74 pada hari ini.

Majlis telah berlangsung di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

MAJLIS SEMARAK MERDEKA

MAJLIS SEMARAK MERDEKA

MAJLIS SEMARAK MERDEKA

 Sambutan telah diadakan di NRECC pada 22 Ogos 2023 di Blok F11, Kompleks F bersempena Program Keceriaan antara Kementerian sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2023.

Majlis telah dihadiri Ketua Pengarah JMG Tuan Haji Zamri Bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral), Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah serta kakitangan Ibu Pejabat JMG.

TREASURE HUNT NRECC BERSAMA MEDIA

TREASURE HUNT NRECC BERSAMA MEDIA

TREASURE HUNT NRECC BERSAMA MEDIA

JMG telah terlibat dalam program yang meriah ini. Ketua Pengarah JMG bersama ketua-ketua jabatan dan agensi NRECC turut memeriahkan majlis.

Pastinya program seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan strategik antara jabatan, kementerian, agensi dengan media-media tempatan dan antarabangsa dalam mendukung aspirasi kementerian ; antaranya memartabatkan sumber asli sebagai sumber kekayaan baharu dan kesejahteraan rakyat dalam konteks Malaysia MADANI.

KUNJUNGAN DARI PETRONAS DAN PERBINCANGAN BAGI MEWUJUDKAN KERJASAMA DUA HALA JMG-PETRONAS.

KUNJUNGAN DARI PETRONAS DAN PERBINCANGAN BAGI MEWUJUDKAN KERJASAMA DUA HALA JMG-PETRONAS.

KUNJUNGAN DARI PETRONAS DAN PERBINCANGAN BAGI MEWUJUDKAN KERJASAMA DUA HALA JMG-PETRONAS.

Suatu sesi perbincangan teknikal telah dijalankan dan kedua belah pihak telah berkongsi dasar, hala tuju, fokus dan beberapa perkembangan terkini masing masing dalam bidang pengurusan organisasi dan geosains.

 Pihak PETRONAS telah membentangkan Kajian tentang 'Shale Gas Study' yang memerlukan kerjasama daripada pihak JMG. Pihak JMG juga telah berkongsi kajian teknikal JMG yang sedang dijalankan yang mungkin boleh dijadikan sebahagian daripada modul kepada perkongsian pintar yang dicadangakan.

 Pertemuan adalah dalam suasana yang santai namun beberapa langkah awal bagi kerjasama telah dirangka.