Lawatan Teknikal ke Lombong Rahman Hydralulic Tin Sdn Bhd (RHT) Klian Intan, Pengkalan Hulu

Lawatan Teknikal ke Lombong Rahman Hydralulic Tin Sdn Bhd (RHT) Klian Intan, Pengkalan Hulu
IPOH, 02 November – Satu program lawatan teknikal ke Lombong Rahman Hydralulic Tin Sdn Bhd (RHT) Klian Intan, Pengkalan Hulu telah dilaksanakan pada 02 November 2023.
 
Lawatan diketuai oleh Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral (CEM) Ibu Pejabat JMG, En. Yusari bin Basiran, serta Ketua Unit Perhubungan Industri CEM, En. Zamzuri bin Ghazalee, En. Abdul Hadi bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Selangor/W.P, Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Perak, En. Mahat Sibon, Penolong Pengarah Kanan JMG Kedah/Perlis/P.P, En. Fakhruddin Afif bin Fauzi, Penolong Pengarah En. Muhammad Azman bin Aseri dan kakitangan JMG Perak. Pihak Pengurusan Rahman Hydraullic Tin Sdn Berhad diketuai oleh Pengurus Besar Kanan, En. Madzlan Zam dan En. Mohammad Nazri Tamby.
 
Sesi perbincangan dan perkongsian maklumat serta meneroka kerjasama bagi pengumpulan baseline data bagi penerokaan sumber mineral strategik baru seperti indium, germanium selain potensi unsur nadir bumi (ree) dari batuan metasedimen yang berasosiasi bijih timah telah dirintis bersama. Semoga peluang dan ruang yang terbuka luas dapat membantu kedua-dua pihak dalam penerokaan sumber mineral baru di masa hadapan.

PERSIDANGAN GEOSAINS KEBANGSAAN KALI KE-36 (NGC '23)

PERSIDANGAN GEOSAINS KEBANGSAAN KALI KE-36 (NGC '23)
PERSIDANGAN GEOSAINS KEBANGSAAN KALI KE-36 (NGC '23)
 
Upacara perasmian NGC ‘23 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah JMG.
 
YBrs. P. Geol. Prof. Madya Dr. Mohd Hariri bin Arifin
Presiden, Persatuan Geologi Malaysia merangkap Penganjur NGC 2023 menyampaikan ucapan alu-aluan.
 
Persidangan Geosains Kebangsaan Kali ke-36 pada 7 November 2023 bertempat di The Everly, Putrajaya.

The 59th Coordinating Committee for Geoscience Programmes in East and Southeast Asia (CCOP) Annual Session and the 81st CCOP Steering Committee Meeting

The 59th Coordinating Committee for Geoscience Programmes in East and Southeast Asia (CCOP) Annual Session and the 81st CCOP Steering Committee Meeting
The 59th Coordinating Committee for Geoscience Programmes in East and Southeast Asia (CCOP) Annual Session and the 81st CCOP Steering Committee Meeting
 
📆 29 Oktober - 3 November 2023
📍Khao Lak, Phang Nga, Thailand
 
Y.Bhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli F.I.G.M., Ketua Pengarah JMG telah dilantik sebagai 'New Permanent Representative of Malaysia' & sebagai 'Vice Chairperson for 59th CCOP Annual Session'.
 
Semoga perlantikan ini membawa bidang geosains bagi negara-negara yang terlibat dalam CCOP ke arah yang cemerlang.

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor, telah mengajurkan Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2023(HASN 2023) peringkat kebangsaan di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim.
 
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah berkenan bercemar duli menyempurnakan perasmian majlis ini.
 
YBrs. Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG dan En Khairul Zaman bin Ibrahim (Timbalan Pengarah Geosains) JMG Johor telah menghadiri majlis bersempena sambutan HASN 2023 ini.

TREASURE HUNT @GEOPARK

TREASURE HUNT @GEOPARK

Treasure hunt telah diadakan di Pulau Besar, Melaka pada 21 Oktober 2023 sempena program promosi dan kesedaran awam di geotapak Pulau Besar, Melaka

Sempena Program Kesedaran Awam Dan Promosi Geotapak Pulau Besar, JMG Negeri Sembilan dan Melaka dengan kerjasama Majlis Pembangunan Pulau-pulau Melaka telah menganjurkan Pertandingan “Treasure Hunt@geotapak” yang telah disertai oleh 15 agensi/ jabatan kerajaan serta kumpulan sukarelawan TMM2024.
 
Setelah pertandingan berakhir, program diteruskan dengan program perasmian yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengarah JMG Negeri Sembilan dan Melaka, Puan Siti Aminah binti Abdul Sarif dan CEO MPPM Hj. Azhar bin Yaacob. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Timbalan Pengarah Caw. Penyelarasan dan Pengurusan, JMG Ibu Malaysia, Tn. Hj. Noorazhar bin Ngatimin dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang treasure hunt @geotapak Pulau Besar.