Mesyuarat penubuhan Jawatankuasa (JK) Bertindak Warisan Geologi JMG Malaysia telah diadakan pada 4/10/2018 di JMG Ibu Pejabat, Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk Shahar Effendi A Azizi, KP JMG. Jawatankuasa ini ditubuhkan hasil keperluan teknikal dan disiplin di peringkat JK Pakar Warisan (Sub Warisan Geologi) peringkat Jab. Warisan Negara (JWN) bulan yang lalu. Usaha kearah memperkasakan penubuhan JK ini yang bersistematik, terancang dan mampan.
Majlis Menandatangani Kontrak Perjanjian antara JMG dan Geomapping Technology Sdn. Bhd. (GMT) bagi pelaksanaan Projek Perkhidmatan Pemetaan Geologi Terain Kawasan Cameron Highland
Majlis Menandatangani Kontrak Perjanjian antara JMG dan Geomapping Technology Sdn. Bhd. (GMT) bagi pelaksanaan Projek Perkhidmatan Pemetaan Geologi Terain Kawasan Cameron Highland, Pahang seluas 712 kilometer persegi telah diadakan pada 5/10/2018 bertempat di Ibu Pejabat JMG. Projek ini diantara usaha JMG dalam peringkat perancangan guna tanah negara dan penilaian risiko bencana geologi melalui aktiviti Geologi Kejuruteraan.
The 3rd International Workshop On CCOP-Geoinformation Sharing Infrastructure for East and South Asia (GSi) Project
LANGKAWI, KEDAH - Satu kerjasama antara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Coordinating Committee For Geoscience Programmes In East and Southeast Asia (CCOP) telah menganjurkan satu bengkel iaitu The 3rdInternational Workshop On CCOP-Geoinformation Sharing Infrastructure for East and South Asia (GSi) Project pada 17-21 September 2018 di Aseania Resort & SPA, Langkawi, Kedah.
Lawatan KSU Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) ke Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), YBhg. Dato' Dr. Tan Yew Chong telah melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) pada 9 Ogos 2018 (Khamis).
Lawatan Rasmi Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
Jabatan telah menerima lawatan rasmi pertama YB Dr. Xavier Jayakumar Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dan YB Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli ke Ibu Pejabat JMG di Menara PJH, Putrajaya sejak dilantik ke jawatan masing-masing pada 2 Julai 2018.