Kursus Penggunaan Sistem MyMesyuarat Versi 2.0, Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG Tahun 2023.

Kursus Penggunaan Sistem MyMesyuarat Versi 2.0, Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG  Tahun 2023.
Menjadi hasrat jabatan dalam memastikan kursus ini dapat memberi pendedahan kepada kakitangan jabatan yang terlibat dalam penggunaan sistem MyMesyuarat dari peringkat awal jemputan hingga maklum balas minit mesyuarat dalam bentuk digital.
Kursus ini disampaikan oleh Puan Norsaliza Binti Saari, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Ibu Pejabat di bilik mesyuarat Galena. Kursus ini diadakan selama dua hari ( 20-21 Jun 2023 ).
Kursus ini dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Maklumat JMG dengan kerjasama Unit Pembangunan Modal Insan JMG.

Taklimat 'Pengenalan kepada perkhidmatan pemantauan deformasi tanah dan infrastruktur awam berasaskan satelit untuk Ranau - Kundasang, Sabah'.

📍Ibu Pejabat JMG, Putrajaya
▪️
Taklimat telah diberikan oleh Spacegen Sdn. Bhd. Spacegen menawarkan pemantauan dan analisis risiko dan bahaya bencana geologi secara terperinci dan kerap dengan menggunakan gabungan data SRS dan maklumat lapangan. Aplikasi yangbdigunakan juga menggunakan teknologi satelit, data raya (big data) dan kecerdasan buatan (artificial intelligence, A.l)
▪️
Taklimat dan perbincangan telah berlangsung dengan kedua-dua pihak iaitu JMG dan Spacegen membincangkan perkara teknikal yang berkaitan dengan mengaitkan kegunaan teknologi tersebut bagi menangani isu-isu geobencana di Malaysia.

Bengkel Pelupusan Rekod Awam, Ibu Pejabat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Tahun 2023

Bengkel Pelupusan Rekod Awam, Ibu Pejabat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Tahun 2023
Sedang berlansung Bengkel Pelupusan Rekod Awam, Ibu Pejabat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Tahun 2023.
Bengkel ini akan memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat mengenai tatacara dan prosedur diperlukan dalam melupuskan dokumen rasmi jabatan. Bengkel diadakan selama dua hari bertempat di Bilik Mesyuarat Garnet, Aras 8. anjuran Unit Khidmat Pengurusan JMG dengan kerjasama Unit Pembangunan Modal Insan JMG.

Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat JMG Bil. 4/2023 Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H /2023

Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat JMG Bil. 4/2023 Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H /2023
Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat JMG Bil. 4/2023
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H /2023.
📆18 Mei 2023
📍Ibu Pejabat JMG Malaysia, Putrajaya
Perhimpunan Bulanan kali ini mempunyai beberapa agenda menarik; antaranya Taklimat MyGEMS, Kuiz Kahoot dan penyampaian beberapa sijil
penghargaan, anugerah dan hadiah.
Majlis Aidilfitri pula telah dimeriahkan dengan reruai makanan dari 4 buah cawangan di Ibu Pejabat JMG dan diserikan lagi dengan hiasan dekorasi Aidilfitri oleh setiap cawangan.
Kehadiran beberapa mantan-mantan Ketua Pengarah JMG, mantan pegawai- pegawai JMG, pegawai kader dan tetamu jemputan dari agensi NRECC, industri dan institusi telah menyerikan lagi majlis.
Semoga majlis begini akan merapatkan lagi silaturrahim di antara warga dan sahabat-sahabat JMG.