MESYUARAT STATISTIK MINERAL NEGERI BIL.1/2024

MESYUARAT STATISTIK MINERAL NEGERI BIL.1/2024
MESYUARAT STATISTIK MINERAL NEGERI BIL.1/2024
 
IPOH, 22 JULAI 2024 – Mesyuarat Statistik Mineral Negeri Bil.1/2024 telah diadakan pada 22 - 24 Julai 2024 di Ipoh, Perak bagi memurnikan dan membuat verifikasi data bagi laporan-laporan mineral negeri serta perbincangan isu-isu berkaitan mineral.
 
Mesyuarat tahunan Cawangan Ekonomi Mineral ini telah dipengerusikan oleh En. Yusari bin Basiran, Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral dan telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Cawangan Ekonomi Mineral dan semua pegawai statistik mineral negeri JMG seluruh negara.
 
Empat laporan sumber mineral telah dibentangkan dalam mesyuarat ini untuk verifikasi dan pemurnian iaitu Laporan Mineral Perindustrian (IMP), Laporan Produk Berasaskan Mineral (MBI) serta Ringkasan Perangka Lombong Bulanan (RPLB) dan Perangkaan Kuari Bulanan (PKB).
 
Data-data daripada laporan ini adalah penting bagi penerbitan laporan-laporan tahunan mineral JMG bagi menentukan prestasi industri mineral negara yang akan digunapakai oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Bank Negara Malaysia, MIDA dan pemegang taruh berkaitan mineral yang lain.
 
Data-data ini juga adalah penting untuk pengiraan KDNK Mineral Negara, perancangan insentif bagi pengusaha mineral di Malaysia serta menjana ekosistem industri mineral negara.
 
 

SURVEI KERJA TEKNIKAL DI RAHMAN HYDRAULIC TIN SDN. BHD.

SURVEI KERJA TEKNIKAL DI RAHMAN HYDRAULIC TIN SDN. BHD.
SURVEI KERJA TEKNIKAL DI RAHMAN HYDRAULIC TIN SDN. BHD., KLIAN INTAN, PERAK
 
KLIAN INTAN, 23 Julai 2024 – Satu survei kerja teknikal telah dijalankan oleh Cawangan Ekonomi Mineral bersama JMG Perak di tapak lombong timah tertua di Malaysia yang masih aktif dan telah terkenal sejak abad ke-17 di Klian Intan, Perak iaitu Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. (RHT). RHT telah mengusahakan lombong di Klian Intan ini sejak 1907 sehingga kini dan telah mengeluarkan 110,000 tan konsentrat timah bernilai USD 3.3 bilion (USD 30,000/tan).
 
Survei kerja teknikal ini diketuai oleh En. Zamzuri bin Ghazalee, Timbalan Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral dan disertai oleh En. Badrol bin Mohamad, Timbalan Pengarah Geosains JMG Perak serta pegawai-pegawai statistik mineral JMG seluruh negara.
 
Taklimat ringkas berkaitan RHT telah disampaikan oleh En. Haryanto bin Salleh, Pengurus Kanan RHT. Survei ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai statistik mineral berkaitan tatakelola perlombongan bijih timah di Perak.
 
Pihak syarikat telah memberi pencerahan berkenaan dengan rizab sumber bijih timah yang telah dikenalpasti, kaedah pemprosesan dan kerja-kerja mitigasi yang dijalankan bagi memastikan kemampanan perlombongan ini disamping memberi peluang kepada penduduk di sekitar meningkatkan sosio-ekonomi setempat.
 
Pegawai statistik JMG berpeluang melihat aktiviti perlombongan bijih timah di tapak lombong, sistem kawalan air realtime monitoring MiQims dan kaedah pemprosesan sehingga pengasingan magnetik kepada 72%. Setiap tahun, Syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. telah membayar RM23.8 juta duti eksport dan CESS Kastam serta cukai pendapatan kepada Kerajaan Persekutuan dan RM34.9 juta kepada Kerajaan Negeri Perak untuk royalti dan lain-lain.

Perbincangan bersama pihak berkepentingan JMG berkenaan Scoping Mission for Data Driven Water Treatment for Water Efficiency and Energy Saving Kerjasama di antara NAHRIM National Water Research Institute of Malaysia dan KWR Water Research Institute, Belan

Perbincangan bersama pihak berkepentingan JMG berkenaan Scoping Mission for Data Driven Water Treatment for Water Efficiency and Energy Saving Kerjasama di antara NAHRIM National Water Research Institute of Malaysia dan KWR Water Research Institute, Belan

Perbincangan bersama pihak berkepentingan JMG berkenaan Scoping Mission for Data Driven Water Treatment for Water Efficiency and Energy Saving Kerjasama di antara NAHRIM National Water Research Institute of Malaysia dan KWR Water Research Institute, Belanda telah diadakan pada 22/7/2024 bertempat di Ibu Pejabat JMG, Putrajaya.

Mesyuarat dan Lawatan Tapak bersama Sekretariat Teknikal CCOP bagi Penganjuran Persidangan CCOP 2024.

Mesyuarat dan Lawatan Tapak bersama Sekretariat Teknikal CCOP bagi Penganjuran Persidangan CCOP 2024.
Mesyuarat dan Lawatan Tapak bersama Sekretariat Teknikal CCOP bagi Penganjuran Persidangan CCOP 2024.
 
📍Pulau Langkawi, Kedah
📅 18-19 Julai 2024
 
YBhg. Datuk Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG bersama Sekretariat Teknikal CCOP dan Sekretariat Penganjuran Persidangan CCOP 2024 telah bersama-sama menjalankan lawatan tapak di beberapa lokasi di Langkawi bagi persediaan penganjuran Persidangan CCOP 2024 yang akan berlangsung dari 3 - 8 November 2024.
 
Turut serta dalam lawatan ini ialah delegasi CCOP Sekretariat Teknikal yang berpangkalan di Bangkok, Thailand, diketuai oleh Dr. Young Joo Lee.
 
CCOP merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang telah ditubuhkan pada tahun 1966. la dianggotai oleh 16 buah negara serta mendapat kerjasama daripada 14 Cooperating Countries dan 17 Cooperating Organisation dengan fokus kerjasama dalam bidang geosains di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur.
 
Persidangan CCOP adalah merupakan merupakan medan bagi negara-negara anggota CCOP berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang geosains serta membincangkan perkembangan dan pembangunan bidang geosains yang mutakhir.

SPESIFIKASI KEPERLUAN BISNES (BRS) 1 PROJEK PEMERKASAAN SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL TERAIN DAN CERUN NEGARA (NaTSIS)

SPESIFIKASI KEPERLUAN BISNES (BRS) 1 PROJEK PEMERKASAAN SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL TERAIN DAN CERUN NEGARA (NaTSIS)
SPESIFIKASI KEPERLUAN BISNES (BRS) 1 PROJEK PEMERKASAAN SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL TERAIN DAN CERUN NEGARA (NaTSIS)
 
Sesi Perbincangan Spesifikasi Keperluan Bisnes (BRS) 1 Projek Pemerkasaan Sistem Maklumat Geospatial Terain dan Cerun Negara (NaTSIS) sedang berlangsung bermula pada 16-18 Julai 2024 bertempat di Hotel De’La Ferns, Cameron Highlands.
 
Tujuan utama sesi BRS ini diadakan adalah untuk mengumpul semua pandangan dan idea daripada pegawai-pegawai terlibat terutamanya dari kalangan ahli Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi (GKBG) yang merupakan pengguna utama sistem NaTSIS. Sesi ini sangat penting dan menjadi titik tolak kepada pemerkasaan NaTSIS baharu yang lebih informatif, segar dan mesra pengguna.
 
Dalam era teknologi moden dan perkongsian maklumat yang pantas, NaTSIS berpotensi untuk memainkan peranan yang proaktif dalam menyalurkan maklumat dengan cepat kepada pemegang taruh untuk membantu dalam membuat keputusan-keputusan penting. Untuk makluman semua, data-data di dalam NaTSIS sentiasa menjadi rujukan agensi-agensi yang berkaitan. Sejak dari tahun 2016, sebanyak 3.35TB data telah dikongsikan yang boleh dinilaikan kepada RM670 juta. Ini adalah antara outcome kepada projek NaTSIS-PBRC yang boleh memberi manfaat kepada Negara dalam bentuk perkongsian data dan maklumat.
 
 
Pihak Jabatan sangat memberikan penekanan kepada penyediaan perkhidmatan digital bagi meningkatkan kualiti penyampaian maklumat serta meningkat keupayaan digital untuk kesejahteraan Negara. Ini selari dengan kerangka halatuju Pelan Strategik Pendigitilan (PSP) Kementerian 2021-2025 bagi memacu agenda Kerajaan Digital yang mampan ke arah membentuk masyarakat digital. Oleh itu, NaTSIS perlu bersedia untuk menawarkan satu sistem yang komprehensif, mudah dicapai serta mudah digunakan oleh agensi dan orang awam, agar lebih ramai pengguna dapat beroleh manfaat daripada sistem ini.
 
Jabatan sentiasa komited dalam menangani isu berkaitan bencana geologi yang dilihat lebih mencabar dengan keadaan perubahan iklim yang kompleks. Justeru itu, penggunaan teknologi terkini melibatkan perisian, perkakasan dan analitik data raya dapat membantu pemegang taruh membuat keputusan-keputusan dasar bagi pengurangan risiko bencana geologi. Inisiatif Jabatan dalam menyediakan platform bagi semua maklumat berkaitan geologi kejuruteraan dan bencana geologi diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua agensi yang yang terlibat di dalam pengurusan bencana dan perancangan pembangunan.
 
Besar harapan Jabatan untuk melihat sistem NaTSIS ini diangkat kepada satu tahap yang lebih membanggakan dan menjadi sistem rujukan utama Negara dalam pengurusan bencana dan perancangan guna tanah sejajar dengan misi JMG iaitu “Menyumbang Kepada Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara dan Kualiti Hidup Melalui Penggunaan Maklumat, Perkhidmatan Berkepakaran Tinggi Serta Penyelidikan Berkaitan Mineral dan Geosains yang Efektif”.