MESYUARAT SEMAKAN KAWASAN ANOMALI LOKASI PERSAMPELAN BAGI PALEOMAGNETIC SURVEY

MESYUARAT SEMAKAN KAWASAN ANOMALI LOKASI PERSAMPELAN BAGI PALEOMAGNETIC SURVEY

Johor Bahru, 16 Oktober 2018 - Satu mesyuarat berkenaan semakan kawasan anomali lokasi persampelan bagi "Paleomagnetic Survey" telah diadadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza JMG Johor. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah JMG En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin dan taklimat berkenaan telah disampaikan oleh En. Shari b. Ismail Ketua Unit Sumber Mineral JMG Pahang. Wakil JMG dari negeri-negeri yang terlibat seperti Johor, Pahang, Terengganu, BPT, IbuPejabat dan pihak perunding turut hadir.

Mesyuarat ini diadadakan bertujuan menyemak semula kawasan anomali untuk kajian lanjut keperluan lokasi persampelan bagi "Paleomagnetik Survey" untuk tahun 2018 dan 2019. Setiap negeri yang terlibat telah diminta untuk memberi taklimat dan segala maklumbalas dan pandangan dari pegawai-pegawai JMG akan diberi perhatian yang sewajarnya bagi memastikan kelangsungan dalam menjayakan kajian lanjutan tersebut.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

 

Written by : asrul