MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 4/2019 DAN MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 4/2019 DAN MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG JOHOR

Johor Bahru, 28 April 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 4/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor dan Majlis Persaraan Pengarah JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Balqish Mazuien bt. Bakiah, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Nazal Rizal b. Abd. Wahid dan pembaca ikrar oleh En. Sivalingam A/L Krishnan. Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan amanat terakhir sempena persaraan beliau pada 4 Mei 2019 akan datang.

Majlis bersambung lagi dengan ucapan terima kasih sempena persaraan Pengarah JMG Johor daripada En. Ir Juna Azleen b. Abdul Ghani bagi mewakili semua warga JMG Johor. Kemudian diikuti dengan majlis penyerahan nota serah tugas antara Pengarah JMG Johor dan En. Ir Juna Azleen b. Abdul Ghani sambil disaksikan En. Noorazhar b. Ngatimin.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul