MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2022 DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2022 DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN JMG JOHOR

Johor Bahru, 25 April 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 4/2022 dan Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Kedua-dua Majlis telah dipengerusikan oleh En. Mohd Shazwan Zainie b. Jainal, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Saufee b. Sehat dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Razman b. Yusop. Majlis dimulai dengan Khatam Al-Quran yang dibaca oleh En. Mohamad Saufee b. Sehat. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusan Perhimpunan Bulanan dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan dan Majlis Khatam Al-Quran kali ini.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah sempena Majlis Khatam Al-Quran kepada Warga JMG Johor yang terlibat.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul