MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2022 DAN LAWATAN TKP (OPERASI) JMG MALAYSIA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2022 DAN LAWATAN TKP (OPERASI) JMG MALAYSIA

Johor Bahru, 18 Mei 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2022 dan lawatan TKP (Operasi) JMG Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Kedua-dua Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Yong Adilah bt. Mustafa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi b. Mohamad Azman dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Faizullah b. Mazlan Kepli. Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusan Perhimpunan Bulanan dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan dan Majlis bersama TKP (Operasi).

Majlis diteruskan dengan ucapan TKP (Operasi) En. Mohd Bazran b. Hj. Taib. Ini merupakan lawatan rasmi beliau yang terakhir kerana akan bersara wajib pada bulan Ogos 2022. Majlis disusuli dengan penyampaian APC bagi tahun 2021 dimana tiga orang penerima iaitu En. Yusari b. Basiran, En. Mohd Saufee b. Sehat dan En. Helmy b. Abd. Kadir. Tahniah diucapkan kepada semua penerima.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul