MESYUARAT PENYELARASAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM E-MINERAL

MESYUARAT PENYELARASAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM E-MINERAL

Johor Bahru, 07-09 November 2022 – Mesyuarat penyelarasan penambahbaikan sistem e-mineral bagi permohonan lesen eksport  telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah. Mesyuarat ini adalah bagi pengumpulan maklumat berhubung isu-isu berkaitan sistem E-BMG permit. Wakil KETSA (Bahagian Mineral dan Bahagian Pengurusan Maklumat) telah hadir bagi memberi taklimat berkenaan sistem e-mineral baharu.

Wakil KeTSA terdiri daripada En. Lee Teck Chiang (KPSU) Bahagian Mineral, Pn. Kan Ya A/P Ke Ang (KPSU) Bahagian Pengurusan Maklumat, En. Ikhwan Hadi Bin Suhaime (PSU) Bahagian Mineral dan Pn. Normala Binti Mohamed Solehhin (PSU) Bahagian Pengurusan Maklumat.

Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul